Followers

Saturday, April 14, 2012

Manusia Berubah

Hari ini dia mungkin penzina,
esok lusa dia mungkin 'abidah mukhlisah ilallahi ta'ala.

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling ikhlas sekali menutup auratnya, dan paling menjaga kesopanan muslimahnya.

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering melaksanakan maksiat yang besar,
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan qiamullail kala kita semua sedang lena.

Hari ini dia mungkin seorang yang tidak beriman kepada Allah SWT, syirik kepadaNya, kufur kepadaNya,
esok lusa mungkin dialah yang paling beriman kepadaNya, memperjuangkan hak-hakNya, kala mereka yang telah Islam semenjak lahir dengan warisan keluarga meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya.

Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada manusia, saat kita pula tidak dapat menembusi jiwanya?
Saat kita pula tidak bersamanya 24 jam sentiasa hingga kita mungkin terlepas banyak kebaikannya yang lain.

Tugas kita bukan me'neraka'kan orang.
Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki.

Tugas kita, adalah mengajak manusia ke jalanNya.
Bukan menjahanamkan mereka.

Pandanglah dengan pandangan rahmat.
Sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa itu,
tidak pula mengazab Firaun, Namrud, Haman, Qarun, Kaum 'Ad, Kaum Thamud, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain, tanpa menghantarkan kepada mereka para Rasul memberikan peringatan, yang rata-rata bukan sehari dua penyampaian peringatan mereka kepada manusia seperti itu.

Maka siapakah kita untuk memandang orang dengan pandangan laknat?
Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat.

Siapakah kita?

Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya,
ketahuilah bahawa esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya.
Bukan mustahil.
Dan sentiasalah berjaga-jaga.


(Sumber)

8 comments:

Anisa Hang Tuah said...

Allah maha mengetahui & He know better =)

Unknown said...

moga2 kit akekal di jln yg benar

Miss Orahome1 said...

yup, kita tak pernah tahu dan tidak akan pernah tahu apa yg akan berlaku seterusnya. Sebaik-baiknya sama-sama la kita jaga keimanan kita. :)

kurus said...

semoga kita sentiasa di pelihara
yg jahat x selamanya jahat
allah kan maha penyayang , dia adalah pencipta yg maha adil ;)

YattAkasah said...

yup..mnusia mmg boleh brubah

Miss Pija said...

Hati memang sukar dijangka, kadang2 selalu bersangka buruk. Yang penting, didiklah hati untuk kembali pada Allah.

*Nasihat untuk diri sdri jgk :)

zizidiazora said...

alhamdulillah
sama-sama lah kita ingat mengingati antara satu sama lain sesungguhnya dakwah itu adalah tanggungjawab semua muslim...

MR. SYAH said...

betul tu.. manusia bukannya sempurna.. manusia boleh berubah.. dan manusia juga bkn penghukum..