Followers

Sunday, August 12, 2012

Perubahan

Assalamualaikum

Raya semakin hampir
Tapi entah kenapa mood berhari raya ni tak muncul-muncul
Kalau tahun lepas
Sayalah manusia paling Sibuk dirumah ni
Lampu kelip-kelip awal-awal lagi saya pasang
Jangan kata baju, dengan kasut dan slipar sekali saya cepat-cepat nak beli
Baju plak mesti nak sedondon dengan satu family
Kalau tak, saya rasa tak bahagia la raya saya
Biskut raya plak, saya la yang sibuk-sibuk cakap kat mak bila nak beli atau buat
Sampai kereta pun saya rayakan sekali
Basuh mandikan bersih sebersihnya
Belum cakap pasal rambut
Pasti saya buat rambut raya
Almaklumlah, masa tu saya masih di dunia yang saya minati
Dunia Glamer

Tapi tahun ni
Segalanya berubah
Allah dah ubah hidup saya 90 darjah
Tiada lagi baju sedondon
Saya langsung tak ada hati nak beli baju
Saya lalu kedai jual baju melayu, saya jeling je
Kadang-kadang saya pegang, tapi takde hati nak beli
Lampu kelip-kelip pun tak pasang
Kereta pun dah mandi dengan pasir dan tanah
Saya tak mandikan

Dan hari ni saya just temankan mak dan adik shopping
Adik beli kasut raya
Mak beli barang-barang keperluan
Penat menemani mereka
Saya pulak? Saya tak beli apapun untuk diri saya sendiri

Ntahla, apa dah jadi kat saya
Sebab saya rasa tak pentingpun baju raya tu semua

Allah betul-betul dah ubah life saya
Dan perasaan nak raya macam tahun sudah-sudah takde dah

Mudamudahan ada hikmah
Allah kan maha penyayang...

8 comments:

Hans said...

terbalik pula dengan aku
kali nih aku happy sangat nak beraya
hehehe

ieda said...

mudah2an ..
akk doakan selalu ;)

wahida said...

aku pun dpt rasa raya aku kali ni sgt sederhana...baju raya cuma sehelai sbb sunat berbaju baru di pagi syawal tu...lain2 aku cuma fikirkan keperluan anak2 jer....

mye said...

nape plak nie en faiz?..:)

ahsfantasy24 said...

selamat buat persiapan raya (:

mr.syazwan said...

raya setahun sekali je

meriah la sikit

heheh

Edy Fee said...

mkin besar mkin takde feel raya sgt

Nadia Elena said...

laaa tak mo la sedih2 time raya..chill aaa.. =)