Followers

Thursday, November 22, 2012

Kadang-kadang

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih di beri peluang untuk bernafas.
Melihat dunia indah 
Dan dikurniakan rezeki

Manusia, kadang-kala ego menguasai.
Bila telah melakukan kesilapan, tapi tidak disedari
Lalu, mengangap diri betul
Mulalah menjauhkan diri kerana berasa diri itu lebih baik
Dan ketika itu dia tak sedari bahawasanya dia lah yang melukai...

Harapan agar insan-insan begini selidik apa silapnya diri
Bukan berkata sinis tanpa menyedari
Dan ketahuilah olehmu, bahawasanya kamu juga insan tak sempurna
Sama seperti insan lain.
Walaupun kamu rasa kamu lebih warak, alim dan menjaga agamamu...
Dan jangan lari setelah kamu mulakan sendiri permasalahan itu...

Dan buat si teman talam bunga-bunga.
Janganlah bermanis mulut bicara 
Tapi di dalam hati lain bunyinya
Jika di tegur melatah pula
Mula la mencari kelemahan penegurnya
Kemudian mahu menjatuhkan pula

Tapi tidak mengapa
Kalian berbuat begitu
Tiadalah saya tersiksa
Malah saya bersyukur
Tuhan tunjukkan siapa anda
InsyaAllah, Dia berikan saya lebih nikmat
Percaya pada karma...
Terima kasih kerana membuat saya tersenyum

Sekian Terima Kasih