Followers

Monday, February 25, 2013

Rezeki Allah Yang Tentukan

Assalamualaikum

Perkongsian hari ini

Seorang rakan saya ketika sekolah, satu kelas masa tingkatan 4 dan 5 dan 6.
Tidak perlu menyebut nama, dia adalah seorang rakan yang baik.
Dan saya sifatkan sebagai abang yang baik pada adik-adiknya.
Kami dilayan seperti adik apabila bersamanya
Pernah sekali saya datang ke rumahnya, dia siap kautkan saya nasi, dan tanya nak banyak mana.
Touching rite?

Ok, apa yang saya bangga dengan insan ini
Dia kini berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik
Sebagai Pegawai dalam TUDM
Walaupun dia tak begitu bagus dalam stpm
Dan agak kurang berjaya.
Tapi Rezeki... Ya itulah rezeki.
Kini saya pasti ibu dan ayah beliau boleh tersenyum gembira melihat kejayaan beliau,
Jika dibandingkan siapa dia ketika waktu sekolah dahulu.

Seorang lagi rakan saya
Gadis ini rakan sekelas dalam tingkatan 6
Saya bangga dengan insan ini.
Tamat sahaja tingkatan 6, dia bekerja sambilan di sebuah kilang membuat coklat.
Tapi tidak lama selepas itu, dia berhenti kerja.
Dia memulakan perniagaan kecil membuka gerai menjual sayur dan sedikit barangan runcit lebih kurang 3 tahun lepas.
Gerai ini betul-betul dihadapan rumah beliau.
Dia pernah menyandang gelaran ratu cantik, dan saya akui dia memang agak cantik.
Tapi, semangat beliau, tidak malu untuk berniaga kecil-kecilan.
Inilah sikap yang terpuji.
Ramai anak muda diluar sana tidak mahu dan tidak mampu melakukannya bukan?
Dan baru-baru ini, apabila saya berkesempatan melawat insan ini
Saya sedikit terkejut.
Dahulunya gerai beliau begitu kosong, hanya ada sayur yang dia tanam sendiri untuk dijual dan sedikit barangan keperluan harian seperti gula, garam dan susu manis.
Tapi kini, gerai itu berubah wajah menjadi kedai runcit yang penuh dengan barang jualan.
Bedak, syampu, keperluan dapur, malah alat permainan kanak-kanak.
Itulah rezeki.

Dan seorang lagi rakan saya.
Kami satu kelas dalam tingkatan 6.
Dia seorang yang agak nakal, 
Saya mengenalinya sewaktu berada di tingkatan 3 lagi.
Tapi waktu itu saya tidak pernah bertegur sapa dengan beliau.
Oleh kerana sikapnya yang nakal, dia menjadi agak popular disekolah.
Bukan kerana kebijaksanaan, tapi boleh saya kategorikan sebab kenakalan
Saya lihat pelajarannya agak tidak begitu baik.
Tapi selepas tamat sekolah, dan lama tidak berjumpa insan ini.
Saya bertemu semula dengan beliau di suatu majlis reunion sekolah.
Saya sedikit terkejut, insan ini berjaya menjadi seorang pegawai JPJ.
Dan pernah sekali beliau melepaskan sahaja kenderaan saya daripada di tahan dan diperiksa pegawainya yang lain.
Malah insan ini juga memandu kereta yang Bagus.
Keluaran Toyota.
Ya, itulah rezeki.

Pernah dulu, seorang guru saya menyindir sinis pada kami.
Katanya, "Kalau tidak mampu masuk Universiti, dapat Ijazah, Phd, hidup dan masa depan kamu gelap."
Ketika itu saya berfikir, saya insan yang kurang bernasib baik.
Kurang bijak untuk mendapat markah 90 ke atas.
Apalagi nombor 1 dalam kelas.
Memang tak la...
Apa akan jadi pada saya?
Dan saya terus berfikir.
Lama-kelamaan saya ambil keputusan untuk mengejar cita-cita saya berdasarkan kemanpuan saya.
Bakat yang Allah bagi pada saya.
Ya, saya memang tidak berjaya masuk ke mana-mana Universiti.
Dan hanya mampu masuk dan menuntut di Kolej Seni dan mengambil jurusan Hiasan Dalaman.
Tapi minat saya terhadap dunia seni ketika itu sangat kuat.
Saya mula beranikan diri pergi kebanyakan ujibakat nyanyian.
Mungkin bukan rezeki saya.
Saya hanya mampu melepasi stage ketiga.
Dan  mungkin Allah mahu beri saya merasa, ya, saya hanya mampu jadi penyanyi cafe.
Dan menyanyi di majlis-majlis.
Dan sekali lagi Allah bagi saya rasa, menjadi pelakon.
Walaupun hanya mampu membawa watak tambahan dalam sebuah filem dan watak extra dalam sebuah drama tempatan.
Malah kebanyakan impian saya Allah tunaikan.
Alhamdulillah.
Dan akhirnya saya tinggalkan dunia lama saya dan kembali ke jalan yang sepatutnya.
Dan memohon redha Allah.
Kembali kepada fitrah.
Allah dah bagi apa yang saya inginkan?
Apa lagi yang saya mahukan?
:)
Dengan itu, saya mengambil keputusan, dekatkan lagi diri denganNya dan jalankan suruhanNya.

Dan hari ini, saya teringat semula kata-kata Cikgu tersebut.
Ternyata Ijazah, Phd bukanlah Tiket ataupun Pas untuk manusia berjaya dalam Hidup.
Maafkan saya.
Tapi rezeki, kejayaan dan kebahagiaan itu Jaminan Allah
Pendapat saya, tidak semestinya orang yang gagal memasuki mana-mana universiti dan tidak mempunyai ijazah itu akan gagal.
Saya tidak memaksa anda setuju dengan pendapat saya. Dan jika anda setuju, terima kasih.
 Kalau semua nak masuk Universiti, nak jadi Peguam, Pensyarah, Cikgu, Doktor...
Ikut apa yang cikgu-cikgu kat sekolah cakap.
Takut masa depan gelap.
Siapa nak jadi makanik, kerja pasaraya, kerja repair aircond, kerja sapu sampah?
:)
Rasanya cikgu-cikgu juga harus ingatkan pelajar agar kembali kepada Allah dan percaya Rezeki datang daripada Allah.
Dan ingatkan pelajar untuk berdoa.
Doa itu senjata Mukmin.

Saya ada beberapa orang rakan yang berjaya menuntut di menara gading, berjaya memegang ijazah.
Tapi rezeki tidak memihak pada mereka.
Ada yang masih menganggur setelah 3 tahun tamat belajar.
Ada yang terpaksa balik kampung dan duduk dengan nenek menjadi petani
Dan ada yang terpaksa bekerja sebagai pembantu kantin sekolah.
Sebab apa? Sebab Rezeki belum tiba.
Dan mereka memberi jawapan sama
"Sudah memohon ke mana- mana, tapi jawapan yang diterima, tunggu panggilan, tunggu kekosongan".
Dan maaf untuk berkata jujur, ada teman saya yang memasuki institut pengajian tinggi ini telah menjadikan mereka insan yang tidak bermoral.
Melakukan maksiat tanpa rasa berdosa dan menjebak teman lain.
Daripada seorang yang agak skema boleh berubah wajah menjadi insan lain.
Nauzubillah

Bukan semua insan akan beroleh apa yang dia inginkan
Bukan semua insan Allah bagi apa yang dia mahukan
Dan bukan semua insan Allah bagi kebahagiaan

Untuk insan lain yang agak kurang berjaya dalam pelajaran
Agak kurang bijak dan tidak berjaya memasuki mana-mana universiti, kolej, pusat pengajian tinggi.
Jangan putus asa, Rezeki Allah yang tentukan.
Carilah kelebihan anda, dan gunakan itu untuk menjadi insan yang berjaya.

Dan please, kepada insan di luar sana
Janganlah kita menjatuhkan semangat insan-insan yang kurang berjaya ini
Jangan kata pada mereka, bahawa mereka tiada masa depan hanya kerana gagal spm, stpm, atau gagal masuk universiti.
Tahukah bahawasanya anda menghiris hati mereka.
Saya berkata demikian bagi mewakili insan yang agak kurang berjaya ini.

Pernah saya berhadapan dengan insan yang memiliki Ijazah
Dia berasa malu untuk bekerja di kedai-kedai kecil.
Apalagi di pasaraya.
Sebab katanya, dia pemegang ijazah, tidak sesuai bekerja sebegitu.
Malah menolak untuk bekerja jika ditawarkan gaji kecil.
Saya tersenyum sendirian, adakah dia lebih mulia dari insan yang bekerja di pasaraya?
Atau adakah hina jika bekerja dipasaraya?
Ternyata insan ini harus dibersihkan hatinya...
Ada insan yang dilahirkan bijak
Tapi ingatlah, ada juga insan yang dilahirkan kurang cerdik.
Jadi jika anda kata insan-insan yang kurang bernasib baik ini tidak berjaya sebab malas, ketahuilah, anda mungkin sudah menjadi seorang yang takbur.
Maaf sekali lagi.
Tiket berjaya semua itu Allah la yang tentukan.
Bukan cikgu anda, bukan ibu bapa anda.
Jika anda kata, sebab cikgu anda berjaya
Sebab Diploma anda berjaya
Sebab Ijazah anda berjaya
Dan sebab Phd anda berjaya
Anda harus kembali pada Allah.

Saya pernah ditegur kerana terasa dengan statement ini oleh seorang guru.
tapi selepas berbicara dengannya
Saya tersenyum, ternyata dia juga mengakui kenyataan saya benar diakhir perbualan.

Akhir sekali
Saya harap kita tidak merendahkan insan lain
Dan tidak bangga dengan pencapaian kita
Nasihat ini saya tujukan untuk diri saya sendiri juga.
Semoga Allah jadikan saya insan yang lebih baik dan tidak meninggi diri.
Aamiin.

No comments: