Followers

Tuesday, June 4, 2013

General Medical

Assalamualaikum

Semalam saya pergi review kat Hospital.
Sampai dalam jam 10.20 pagi macam tu.
Lepas tu terus daftar. Kakak Nurse suruh timbang berat, 56kg.
Agak naik skit, sbb sebelum ni 53 kg, tu pun lepas kluar wad
Kemudian cek BP. 127/67
Lepas tu nurse suruh tunggu untuk dipanggil.
Lama gakla saya tunggu, nasib baik ada kawan temankan.
Sambil borak-borak, kami tengok gelagat orang sakit yang lain.
Dalam jam 11 lebih barulah kena panggil
Sebab banyak sangat pesakit lain.
Kemudian sayapun masukla kat bilik no 11
Kelihatan seorang doctor India dengan 3 orang nurse
So doctor India tadipun baca medical report saya
Dia tanya, sekarang macam mana?
Saya bagitau slalu sangat sakit kepala, not migrain, sbb blah kiri dan kanan sakit.
Kadang-kadang rasa sakit kat blakang kepala seperti benda tajam menyucuk secara tiba-tiba
Buat saya terkejut sebab sakit sangat.
Kalau dah mula sakit tu datang, saya akan tidur dan rehat.
So doctor tadi pun cek la, pegang dahi, suluh mata dan periksa tangan
Lepas tu dia suruh baring, dia cek kaki saya, dia pukul perlahan guna benda apa ntah
Dan dia kata ada masalah sikit
Lepas tu masa suluh mata saya, dia kata mata blah kanan apsal macam besar sangat kornea mata tu?
'I tak pernah jumpa macam ni punya besar'.
Saya rilex je. Buat dont know.
Lepas tu dia cuba tolak kepala saya ke depan and tangan dia tahan kat dahi
Tanya, 'Sakit tak?' Saya kata tak.
Lepas tu blakang plak. Dia buat cara sama, tapi kali ni sakit.
And dia kata, 'See, ada problem la nurse... ok, u sediakan form buat X-ray'.
Dia pun suruh buat X-ray kat bilik sebelah.
Lepas X-ray saya pun masuk balik dengan film X-ray
Nurse kata tunggu kejap
Doctor plak bawak film tadi jumpa doctor pakar.
Agak lama tunggu buat saya bosan
Dah la saya lapar, nak makan, takut plak dia carik. So tunggu je la.
Nasib baik kawan saya sabar menunggu sama.. 
Tak lama lepas tu doc panggil balik, dia kata ada satu space kat bahagian tengkuk, yang tak normal
Maybe tu penyebab saya sakit kepala
Sebab history saya pernah kena TIA bulan Mac
(Strok sementara)
So doc tadi kata kena jumpa pakar tulang.
And dia suruh bukak baju, lepas tu dia amek lidi tajam
Dia cucuk kat dada kat bawah leher
Lepas tu cucuk plak kat tangan kanan dan kiri
Dia tanya mana yang sakit
Saya kata kiri, blah kanan tak rasa sangat.
Doc dah risau, tanya saya, pening tak? sakit kepala tak?
Saya kata tak.
Dia nasihatkan saya kalau pening, sakit kepala dan rasa nak pitam, kena cepat-cepat pergi hospital
Once saya pengsan, kemungkinan akan kena strok. Nauzubillah
Saya sedikit risau.
So doctor tadi buat satu surat review doc pakar lagi for make sure apa masalah tentang my body.
Hari isnin ni kena jumpa doc pakar tu.
Semoga dipermudahkan...

Note: Positive Thingking. InsyaAllah.

4 comments:

Zu Lisa said...

sy doakan awak ok. mdhn x ada apa2. amin.

icee-yah said...

semoga cepat sembuh ok

zizidiazora said...

"Tabir .."
Dibalik tangis,
tersimpan senyuman ..
Dibalik kegagalan,
tersimpan keberhasilan ..
Dibalik penderitaan,
tersimpan kebahagian ..
Dibalik kekecewaan,
tersimpan pengharapan ..
Dibalik rasa benci,
ada rasa sayang yang terpendam ..
Kesabaran akan membuahkan hasil yang manis.
penghianatan akan dibayar oleh kesetiaan ,
yang tak tehingga tanpa prajudis
Derai air mata berubah menjadi mutiara cinta yang berkilau.
Setiap lantunan doa akan menjadi musik yang menyejukan jiwa.
Kasih sayang ..
Adalah mata air di tengah gurun pengharapan yang gersang.
Ketabahan ..
Adalah nyawa untuk terhindar dari sebuah kehancuran.
Cinta sejati ..
Adalah hadiah untuk orang yang mau bersabar ..

Oleh itu....
bersabarlah atas sebuah ketabahan
kerna setiap darinya adalah ujian
tanda rasa cinta Allah pada kita.

Adziim said...

Occipital Neuralgia kot.