Followers

Thursday, December 5, 2013

Coretan kosong

Agak sukar untuk puaskan hati semua orang.
kadang kala terpaksa telan pahit. 
tapi kesabaran ada tahapnya. 
kalau dah tak mampu bertahan
ibarat letusan gunung berapi

Ada kala terasa bodoh menjaga hati orang lain
Dan apa yang menyakitkan
apabila telah bekorban
malah kehilangan segalanya yang anda miliki 
pengorbanan anda tak dihargai
malah anda terima hentaman menyakitkan
tidak adil bukan

Ada insan yang hanya meletakkan kesalahan pada orang lain
Namun melupakan kesalahan dan kelemahan sendiri
Serta marah di tegur kekurangan diri

Tahukah anda, tanpa sedar juga, anda telah melukai hati insan yang setia bekorban
Apakah salah menuntut hak peribadi?
Apakah sukar membuka mulut meminta bantuan?
Bukan semua orang faham kehendak anda
Andai satu hari nanti, sang setia tinggalkan anda
Ketahuilah, ia hanya kerana sikap anda
Hargailah keluarga dan insan yang sudi bekorban untuk anda
Bukan hanya tahu meningikan suara terhadap mereka. 
Sikap anda cerminan layanan yang anda terima. 

Hanya coretan duka. 

2 comments:

ayinchomey said...

Salam pe kabar...

Mida said...

arggghh da 2014 lamanya tak singgah sini. ingat lagi tak ! ahh