Assalamualaikum
Terasa mahu update blog hari ni :)
Today, 16 April 2013
Saya ada temu janji dengan Hospital
Buat EEG
Electroencephalogram
Atau Doctor nak bagi pesakit mudah faham
Sleep Test
Seawal jam 6, saya dah bangun dan bersiap
Lepas solat subuh terus sarapan sikit
Temujanji jam 8.30 Pagi
Tapi kena ada kat situ jam 8.00
So bagi elak jammed
Kenala gerak awal
Dalam jam 7.50 sampai
Tapi tak tau mana tempat tu
So buat2 muka gwiyomi tanya kakak misi
Dia pun bagitau Aras 2... bla bla bla
So pergilah tempat yang dimaksudkan
Dan bagi tunjuk kad temu janji kat kaunter
Sampai je terus di layan dengan baik oleh seorang abang atendan Hospital yang sangat peramah
Dia tunjuk bilik mana dan suruh masuk
Tapi masa tu rasa nak pergi tandas
So pergilah kejap lepaskan hajat suci (Joke)
Lepas tu tengah tengok-tengok signage
Abang peramah tadi tanya, dah masuk?
Saya cakap belum... dia terus suruh masuk bilik no 20 atau 21
Tapi kebetulan bilik no 19 tu ada nurse masuk
So bagi lah dekat brother yang kebetulan bukak pintu bilik no19 tu
Dia kata kena buat kat bilik no 21
Dan nanti dia akan panggil, suruh duduk dulu
(Putar belit dah nak bagi penerangan)
Sepanjang masa menunggu sempat buka Twiter
Update dah sampai Hospital
Tak lama lepas tu, saya pun kena pangil masuk bilik no 21
Bila masuk, Eh... Terkejut!
Sebab ada 4 orang Nurse pelatih muda yang cute tengah pandang saya
Dan seorang kakitangan Hospital Lelaki suruh saya duduk betul-betul kat tengah-tengah bilik
Malunya
Dahlah macam bahan kajian Nurse pelatih
Lepas tu lelaki tadi ukur kepala dan buat tanda guna marker
Mana nak lekatkan wire
Dia ada sebut titik tengah macam tu
Dia macam pensyarah yang tengah ajar student medic
Lepas selesai, sayapun disuruh baring atas katil
So baringla....siap dia pakaikan selimut
Rasa macam nak tidur la pulak
Tapi sebab malu nurse-nurse platih tengok, buat muka selamba je lah...
Pandang dinding, dan apa jelah yang ada depan mata
Sambil bagi penerangan kat nurse-nurse pelatih, sambil pasang wire kat kepala saya
Masa tu rasa nak ambil gambar juga, tapi malu
Dan dia ada suruh nurse pasang alat macam pengepit berwayar kat pergelangan tangan saya
Tapi yang buat saya nak tergelak, nurse pelatih pasang kat kaki saya
Dahlah kepit tak betul, sakit kaki saya dibuatnya
Lepas tu lelaki tadi yang nurse pelatih pangil Sir tanya
Dah pasang ke belum, selamba nurse tu jawab sudah.
Oh lupa, nurse pelatih dalam 4 orang tu, rasanya dua orang from Sarawak
Sebab dengar diorang cakap-cakap bahasa Sarawak
Sir: Mana?
Nurse: Ni....
Sir: Bukan kaki, tanganlah...
Masa tu saya nak tergelak je...Tapi tahan...
Lepas selesai, dia bagi penerangan sikit
Dan sesi EEG pun bermula
Tak rasa sakitpun
Cuma sejuk, aircond sangat kuat kot
Lepas tu dia suruh tutup mata
Kejap-kejap buka mata
Lepas tu tutup.
Masa tu lampu dah dipadamkan, cuma tinggal lampu kecik je
So bilik tu suram
Sepanjang sesi Sleep test tu, memang saya diarahkan tidur
Tapi saya tak boleh tidur sebab tak rasa mengantukpun
Juz pejam mata
:P
Rasanya dekat sejam lebih macam tu
Saya dikejutkan dan Sir tadi kata kat saya
"Awak tengok benda ni, nanti akan ada lampu, awak tengok saja dan ikut arahan saya, Pejam mata dan buka mata"
So saya ikut je la arahan dia.
Bayangkan lampu LED yang terang ada depan mata anda...
Silau sangat
Tapi terpaksa jugak tengok
Lepas selesai, dan lampu siling pun dah on balik
Saya kena soal plak
What happen on 20 March yang menyebabkan saya pengsan
Saya critalah.. Blablabla
Masa tu nurse-nurse pelatih tadi diarahkan bukak wire-wire kat tangan dan kepala saya
Lepas tu sir tadi suruh duduk, dan berakhirlah sesi EEG
Dia kata akan bagi report EEG tu masa review dengan doktor pakar nanti.
Hope semuanya baik-baik sahaja...
Rasa kelakar pun ada
Tapi satu pic pun tak ambil sebab malu dengan nurse pelatih...
Sesi tu lebih kurang macam ni
(Sumber Google)
*Pengalaman Baru
6 comments:
semoga semuanya baik2 saja in sha Allah amminn..
Sakit apa? Get well soon!
get well soon beb.. makan ubt ikot time! ;)
tak bole tido susah juga...
moga semuanya berjalan lancar...
1sttime dengaq
wahhhh..1st time baca pengalaman camnie.. hmm...
Post a Comment