Perjalanan kehidupan
Setahun lebih aku didunia kongkongan ku sendiri
Aku takut untuk keluar dari dunia baruku
Penghijrahanku
Lantas aku pendamkan malah kuburkan impian-impian serta cita-citaku
Aku hanya melihat duniaku tanpa hala tuju nyata
Ku serahkan semua padaNya
Tapi...
Kelmarin, aku mengatur langkah kakiku
Aku ingin keluar di dunia sebenar.
Aku mahu mengapai satu-satunya impian dan harapanku yang tersisa
Lantas berbekalkan sedikit kekuatan aku menadah tangan
Memohon pada yang Satu
Ku hayun langkah kakiku dengan keyakinan
Sampai aku di tempat yang akan menjadikan impian ku menjadi kenyataan
Ramai insan-insan lain berbaris di hadapanku
Aku senyum, ku serahkan borang permohonanku
Bagai halilintar, bagai tamparan hebat di pipiku
Dan seperti das-das tembakan
Itulah yang ku rasakan apabila aku tidak layak di tangga pertama
Aku senyum dan berlalu pergi
Sempat ku ucapkan terima kasih
Dan hatiku menangis
Aku luahkan tangisan itu dengan senyuman
Aku pasrah
Itulah satu-satunya impian ku yang tinggal
Setelah impian-impian lain musnah dan aku kuburkan
Dan hari ini aku bertanya
Adakah lagi sinar untukku?
Atau mungkin cahaya pelita itu akan padam setelah kehabisan bekalan?
Inginku tulis sepucuk surat untuk Tuhan
Dan ku coretkan keinginanku
Tidak banyak yang ku inginkan
Atau mungkin aku harus terima sahaja perancangan yang telah ditetapkan?
Aku keliru dan buntu.
Percubaan pertamaku setelah bangkit dari dunia konkongan Gagal.
Haruskah aku mengatur langkah lagi?
Mungkin lebih baik aku kuburkan
Aku tidak ingin kecewa lagi.
Terlalu banyak kekecewaanku di dunia kongkongan.
1 comment:
disetiap apa yg berlaku ada hikmahnya...
Post a Comment