Followers

Thursday, March 19, 2015

Persiapan Perjalanan Panjang

Sinar
Harapan dan juga Penantian
Kepastian yang semua pasti lalui
Andai kau faham kata-kata ini?

Tatkala sepi aku rindu untuk berblog kembali
Sunyi sepi kediaman blog ku ini
Dulu setiap hari aku akan hiasi blog ini dengan entri2 jenaka, kisah kehidupan aku
Seolah-olah seperti zaman kegemilangan Zaiton Sameon
Sehinggakan ada antara kalian menanti-nanti coretan... Bukan?
Kini ianya suram
Masa agak tidak mengizinkan
Berbekalkan komputer pejabat, aku cuba coretkan kemerepekkan...

Kalau dulu blog la tempat aku meluahkan
Beli kasut di pasar malam pun
Blog la tempat aku tunjukkan

Oh aku lupa, zaman semakin lama semakin meninggalkan
Tinggalkan zaman remaja
Sekarang aku ibarat sang merak tua
Kenapa merak? Sebab merak cantik dan gah
Macam aku dulu
(Perasan)

Kau rindu aku?Akupun rindu kau wahai bulan bintang.....

Kalau aku mampu, aku mahu kembali
(Ala, macam Amelina, buat comeback)
Tapi aku semakin suram
Amelina pula makin menawan... Oh lupa, tiada kaitan...

Berkaitan kehidupan
Hidupku kini sederhana
Mungkin sinarpun mulai suram kehabisan kuasa
Barangkali.... ok, lupakan...

Badan semakin hari semakin kurang kuasa
Jadi kena cuba pertahankan kuasa yang bersisa
Baru boleh pakai lama....

Kawan?
Ianya hanya pada nama
keikhlasan kau tidak terpancar diluarnya
Sahabat 1 dalam 1000.
Kalau jiwa kau kacau
Yang 1 tempat kau mengadu....

Ibarat aku..... Rindu untuk terus berlagu....




No comments: