Followers

Thursday, February 4, 2010

"Cikgu Sayang Nizam"

Hari ini Nizam lewat lagi. Aku sudah muak dan bibit-bibit benci sudah mula berputik pada kanak-kanak itu. Berbekalkan wajahnya yang comel tidak sedikitpun membuatkan aku berasa kasihan langsung padanya. Bagiku salah tetap salah. Sudah hampir dua bulan sesi persekolahan bermula. Namun dia sering kali lewat. Bila aku ajukan pertanyaan, dia hanya diam membisu. Dia hanya menghulurkan tangan atau punggung padaku seolah-olah bersedia untuk dihukum. Wajahnya akan berubah menahan air mata dan mahu menangis. tetapi tetap ditahan. Tapi aku tidak peduli. Bagiku kesalahannya harus dihukum. Sudah hampir setiap hari aku merotan tangan dan punggungnya. Namun kenapakah budak yang kelihatan baik dan menumpukan sepenuh perhatian ketika dalam kelas ini sering kali lewat?. Itulah persoalan yang sering bermain difikiranku. Sudah berpuluh kali aku mendengar aduan dari guru lain yang masuk pada masa pertama kelas bahawa si Nizam itu sering lewat. Kalau sebab lewat bangun, adalah mustahil kerana sesi persekolahannya bermula pada sebelah tengahari. Aku hanya mampu memarahinya dan menasihatinya jika menerima aduan dari guru lain. Pakaian dan kasut sekolahnya juga seringkali kotor dan berbau peluh. Sedangkan sesi persekolahan baru bermula setengah jam lalu. Bila aku ajukan soalan mengapa pakaian kotor, Nizam hanya membisu.


"Syam, murid kau tu, slalu lewat masuk kelas. Aku nak rotan hari-hari pun malas. Dahla badan busuk bau peluh". kata Cikgu Saripah padaku. Aku hanya mampu tersenyum. "Kak nanti saya nasihatkan dia lagi". Oleh kerana aku adalah guru kelas Nizam, jadi tanggungjawab aku adalah memastikan pelajar aku itu berada dalam keadaan baik, tidak ponteng atau lewat ke kelas. Sudah dua kali aku menyuruh Nizam membawa ibu-bapanya untuk datang ke sekolah. Namun Nizam tidak pernah sekalipun membawa ibu atau ayahnya datang berjumpa denganku. Aku akui Nizam sangat comel. Berkulit sawo matang dan memiliki paras rupa yang comel bagi seorang kanak-kanak darjah satu sepertinya. Nizam seorang murid yang baik, tekun didalam kelas. Dia tidak pernah tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Malah Nizam juga tekun belajar. Ketika waktu rehat juga Nizam hanya berada dalam kelas membuat kerja sekolah yang diberikan. Jarang sekali aku lihat Nizam ke kantin bersama rakan-rakannya. Paling tidak Nizam akan makan makanan yang dibawa dari rumah. 

Satu hari tergerak hatiku untuk mengikut Nizam balik ke rumah tanpa pengetahuannya. Aku mengekori Nizam yang berjalan kaki pulang. Setelah hampir 20 minit berjalan, akhirnya Nizam masuk ke sebuah rumah setinggan yang tidak begitu jauh dari kawasan sekolah. Nizam memberi salam, kemudian seorang wanita separuh umur keluar dari dalam dan menyambut Nizam. Nizam mencapai tangan wanita itu dan dikucupnya. Aku mengandaikan itu adalah ibunya. Lalu akupun berlalu pergi memandangkan hari sudah petang. Aku berjalan kaki sahaja kerana jarak rumah Nizam dan flat guru tempat tinggal ku tidaklah jauh. Lagi pula aku masih tidak memiliki kereta ataupun motosikal. Setibanya dirumah, selepas aku mandi, solat dan makan, aku duduk disofa sambil menonton tv. Jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Aku mula berfikir tentang Nizam. Dia kelihatan sangat baik, menghormati orang tua dan tidak bersikap nakal. Tapi kenapa dia sering kali lewat ke sekolah?. Lantas aku mengambil keputusan untuk mengintip Nizam pada keesokan harinya seawal pagi.

Jam lonceng telah mengejutkan aku dari lena mimpi indah. Aku bingkas bangun. Aku mencapai tuala dan bersiap untuk menjalankan misiku. Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Aku berdiri agak jauh dari rumah Nizam sambil mengintip. Orang yang lalu lalang tidak kupedulikan. Kelihatan seorang kanak-kanak lelaki yang sedikit besar dari Nizam keluar dari rumah dan mengucup tangan wanita separuh usia semalam. Nizam juga kelihatan. Oleh kerana jarak antara tempat ku berdiri dengan rumah Nizam agak jauh, jadi perbualan mereka tidak dapatku dengari. Nizam seolah-olah mengatakan sesuatu pada budak lelaki yang sedikit besar tadi dan budak itu menganguk. Tidak lama kemudian wanita separuh umur tadi mengangkat meja kecil dan meletakkannya diahadapan rumah mereka. Kelihatan Nizam membantu wanita tadi yang firasatku kuat mengatakan itu adalah ibunya. Mereka menjual kuih. Hatiku tersentuh. Sedang kanak-kanak seusia Nizam sedang lena atau sedang leka bermain, Nizam pula sudah membantu wanita separuh umur tadi berniaga. Lantas aku pulang semula ke flat kediamanku. Aku mula berfikir. Mungkinkah kerana itu Nizam lewat kesekolah?. Aku tidak tahu.

Tengahari itu aku mengintip lagi dari jauh. Kelihatan Nizam dan wanita separuh umur tadi kelihatan resah dimuka pintu. Ku lihat Nizam masih tidak berpakaian sekolah. Aku hairan, jam sudah menunjukkan pukul 12. Kenapa Nizam masih tidak bersiap?. Aku masih mengintip. Nizam sudah mula kelihatan mahu menangis. Wanita tadi memegang bahunya. Aku mula kebingungan. Waktu masuk sudah hampir. Mujurlah kelasku bermula pada masa ketiga. Aku juga telah memberitahu pada penyelia petang bahawa aku akan lewat masuk mengajar hari ini kerana ada hal penting. Aku hanya bersabar melihat Nizam. "Kau masuk kelas nanti, taulah kau apa cikgu nak buat. Suka sangat lewat datang". bisik hati kecilku. Ku lihat jam menunjukkan pukul 1.15 petang. Tiba-tiba kanak-kanak sedikit besar tadi berlari-lari sambil membuka baju sekolahnya menuju ke rumah Nizam. Dihulurnya baju tadi pada Nizam dan Nizam pantas mencapai baju tersebut. Mereka masuk ke dalam rumah. Aku berjalan menghampiri rumah Nizam dan mula mengintai. Hatiku sebak. Tanpa ku sedari air mataku jatuh bercucuran. Mereka bertukar pakaian sekolah dan beg sekolah. Nizam mengeluarkan buku dari beg itu dan memasukkan semula buku yang tersusun rapi disebelahnya. Mereka juga berkongsi kasut yang sama. Alangkah sebaknya hatiku melihat semua itu. Kemudian aku bergegas ke sekolah. Tanpa menunggu babak seterusnya yang bakal berlaku. Aku sebak. Fikiranku mula timbul penyesalan. Selama ini aku sering merotan Nizam. Sudah berapa puluh kali Nizam menerimanya. Malah dari guru lain juga. Sungguh cekal kanak-kanak itu.

Setiba disekolah, aku masuk ke kelas pimpinanku mengantikan Cikgu Rogayah yang mengajar pada masa pertama dan kedua. "Si Nizam tak masuk kelas hari ni" kata cikgu Rogayah padaku. Aku hanya menganguk dan membalas dengan senyuman hambar. Seketika kemudian, aku lihat Nizam berlari dan masuk ke kelas. Dia terus ke meja guru dimana aku sedang duduk. Nizam menghulurkan punggungnya. Aku lihat telatah Nizam. Tanpa ku sedari air mataku mengalir lagi. Aku kemudian menyebut nama Nizam perlahan. Nizam memusingkan badannya dan memandangku. "Saya minta maaf cikgu, saya lewat lagi". kata Nizam. Aku lantas memeluknya. Aku menangis. Semua muridku memandang kami. Nizam hanya berdiam diri. Aku melepaskan pelukan, kemudian aku tanyakan pada Nizam, "Wanita yang kamu kucup tangan itu ibu kamu?". Nizam menganguk. "Siapa yang bertukar pakaian dengan kamu?" tanyaku pula. Nizam tersentak dan memandangku. Matanya mula berkaca. "Cikgu dah nampak?". Tanya Nizam. Aku menganguk. "Cikgu dah tau rumah kamu. Maafkan cikgu ikut kamu balik tanpa pengetahuan kamu". Kataku pada Nizam. "Dia abang saya". jawab Nizam pula. Suaranya sudah terketar-ketar menahan sebak. Aku lantas menyuruhnya berterus-terang. "Kamu lewat sebab tunggu abang kamu balik? dan bertukar pakaian sekolah dengannya?" soalku. Nizam hanya menganguk. Dia sudah mula menangis. Kemudian Nizam bersuara. "Saya lewat sebab tunggu abang, pakaian sekolah ada satu je. Mak tak mampu beli dua. Ayah dah takde. Mak cakap jangan kata kat orang kalau kita susah, miskin. Kalau cikgu marah sebab lewat, hulur je tangan atau punggung". Aku tidak dapat menahan sebak dan bercucuran air mataku jatuh. Aku memeluk Nizam lagi. Aku bertekat untuk membantu Nizam. Keesokan harinya aku membeli pakaian sekolah untuk Nizam. Aku menghantar pakaian itu dirumahnya. Ibu Nizam menangis, "Saya tak perlukan simpati orang. Maafla cikgu saya tak boleh terima" kata ibu Nizam. Nizam turut menangis sama. Aku peluk Nizam dan aku katakan padanya. "Cikgu ikhlas nak bantu Nizam. Ambillah. Cikgu sayang Nizam". Kemudian Nizam memelukku dan mengucapkan terima kasih. Selepas hari itu Nizam tidak lagi lewat ke sekolah.


(Amek kau... Sengaja kasi korang nangis2 n Feeling2 jap....)

Nota Hati: Kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Masih ramai lagi kat luar sana yang susah. Bersyukurla kita dapat makan KFC, pakai baju cecantik, pakai I-Phone... Pakai kete mahal (Walaupun tak habis bayar lagi). Pakai handphone ada wifi. Sedangkan ada manusia lain yang nak makan pun susah. 

Rasa hati: Ya Allah, aku bersyukur padaMu ya Allah. Amin....

24 comments:

ejaa said...

ko cikgu tu ke?
erk.

deusXmachina® said...

bersyukur la kita...
sedey seh cite ni

::FAIZ FARISH:: said...

Ejaa: Nampak sangat ko tak baca... huhuhu. Aku ni bukan cikgu la.... Bacala baru tau sapa org dlm crita tu....

::FAIZ FARISH:: said...

deusXmachina®: Sedihkan? akupon terasa nak cari tisu bila baca... huhu

kyoO~rEz@ said...

ko mmg kan..saje buat org sedih2..huk3

::FAIZ FARISH:: said...

Kyoo Reza: Tula, aku sengaja nak kasik ko nangis....

jejaka anggun said...

sama jer cam citer aku masa aku kecik2 dulu.

::FAIZ FARISH:: said...

Jejaka anggun: ko punya crita mcm si Nizam ke?

aleen adela akoo ^_* said...

sedey2 2 sedey...tapi len kali buat la pendek cket...hu3 ;P

GhOsToNe said...

sedeyh sgt!

AdiE said...

kalo kite susah, ingat la bhw ade org yg jauh lg susah dr kite...
always thank to our creator on what we have...

~daniel adie~

ini blog wirdah said...

panjang sgt cite si mamat nizam niyh. tak larat nak baca sampai habes.buat drama ek,mesti aku tonton.haha

Zuewairy said...

faiz, aku turut bersyukur;)

::FAIZ FARISH:: said...

aleen adela akoo ^_*: Aku tau ko malas baca... hehehehe

::FAIZ FARISH:: said...

Ghostone: Sedihkan? Aku pon rasa nak cari tisu....

::FAIZ FARISH:: said...

Adie: Betul tu...

::FAIZ FARISH:: said...

Wirdah: Tunggula aku jadik pengarah dulu... hehehehehe

::FAIZ FARISH:: said...

Zuwairy: sama2la kita bersyukur...

Tirana said...

Menitis airmata baca kisah ni..walaupun dah pernah baca sebelum ni (tak ingat di mana)..

Susah-susah kita, rupanya ada lagi orang yang lebih susah..so kita kena bersyukur sentiasa...

::FAIZ FARISH:: said...

Tirana: Sedihkan... Kita ni masih lagi blh Berbloging... Aku bersyukur pada Allah....

Dict MFG said...

Ah! Tidak! Aku feeling plak bace! *sroot sroot*

::FAIZ FARISH:: said...

Dict MFG:Ko memang patut Feeling pon. Sedih punya crita.... huhu

Anonymous said...

bgus ceta ne...
wat aku brazam nk jdik cg yg baek..
slidik dlu bru hukum...~ huhu

::FAIZ FARISH:: said...

Anonymous: Jadikla cikgu yg baik.... hehehe. Kau nangis tak lepas baca?