Followers

Monday, May 28, 2012

Penghijrahan

Assalamualaikum

Kadang-kadang Manusia Suka sangat Menghukum
Siapa Kita untuk menghukum Sesama Insan
Siapa kita, untuk 'Menerakakan' Orang lain.

"Kau ni buat maksiat je. Nanti masuk Neraka lah kau"
"Kau ni perangai dah serupa Syaitan, Iblis, nanti kat Nerakalah tempat kau"
"Kau ni tak layak masuk Syurga, tapi Neraka tu sangatlah sesuai dan selayaknya untuk kau"

Nah itulah kata-kata yang mungkin pernah kita dengari

Salah jika berkata begitu
Sebab...

Mungkin hari ini, dia adalah Pembunuh, Penzina, Pencuri ataupun Tukang Fitnah.
Tapi siapa tahu, esok atau lusa, mungkin dialah insan yang paling Baik amalannya.
Paling khusyuk Solatnya, paling baik budi pekertinya.
Di kala insan lain sedang dibuai mimpi indah
Lena di atas tilam empuk
Tapi dia, bertahajud dan berzikir memuji keagunggan Allah
Penciptanya.

Percayalah, Hidayah Allah itu indah
Sangat Indah dan kalian pasti Menangis semahunya apabila Allah berikan HidayahNya pada kalian
Sebak, Sedih Bercampur Gembira
Tersangatlah Indah dan tak mampu digambarkan perasaan itu...

Hidayah itu tak datang dengan sendirinya
Ianya harus di 'Intai', di 'Cari'.
Mohonlah pada Allah agar dikurniakan Hidayah
 InsyaAllah, Dia akan berikan Hidayah yang Indah
Hidayah yang akan menyelamatkan kamu dari terus dibuai Mimpi Indah Dunia
Yang Menyesatkan dan Memesongkan Hati
Membuat kamu Lupa akan Tanggungjawab Terhadap Pencipta

Irma Selepas Berhijab
 (Bukankah Cantik dan Manis jika Berhijab? Daripada Memperlihatkan Aurat kamu?)

Sumber
 

8 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

btol tu dik.. hidayah tidak datang dengan sendirinya mencari kita...

Qhaifa Nur said...

penghijrahan seseorang setelah dapat hidayat dari Allah....

ZWAN SABRI said...

Suka dengan bait2 ayat yang digunakan.. btw, zwan pon harap sanga supaya zwan cepat2 dapat hidayah.. huhu

ieda said...

aminnnnnnnnn
suke ngan ayat2 bawah tu dik
manusia nak berubah perlukan masa
insyaallah akan tiba masanya nanti
berdoalah selalau ;)

Edy Fee said...

heheh siapa la taknak hidayah..hurmmmm
hurmm cume bila la nak dpt

ZWAN SABRI said...

Mohon Share

Cik Yatt said...

irma lawa pakai tdung.. harap kite smue berubah mnjdi lbeh baik

YOUsoF said...

Menilai orang lain bukan berdasarkan pada masa silamnya tetapi masa sekarang.. Adakah dia masih seperti dulu atau jauh lebih baik berbanding dulu?


Suka Irma Hasmie lebih² lagi lepas dia berhijrah, syukur..