Followers

Wednesday, May 23, 2012

KISAH ANAK KECIL YANG TAKUTKAN API NERAKA

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahwa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, disaat dia berjalan-jalan dia melihat seorang anak kecil sedang mengambil wudhu sambil menangis.

Ketika orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, “Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?”

Maka berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata orang tua itu, “Wahai nak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Berkata anak kecil itu, “Wahai pakcik, tidakkah pakcik melihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar terlebih dahulu sebelum dibakarnya orang dewasa.”

Berkata orang tua itu, sambil menangis, “Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripadaku maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”

SUBHANALLAH....muhasabah diri kita...sejauh mana kita takutkan azab Allah....(T_T)

‎~ sayang Allah ~ rindu Allah ~ cinta Allah ~
 
Note: tiba-tiba Minat kat Myvi Se1.5...
 

3 comments:

senandung semalam said...

subhanallah...
muhasabah diri :)

zizidiazora said...

Daripada hadis qudsi: "Tahukah kamu bagaimana neraka jahanam itu?"

Pertama, ia mempunyai tujuh tingkat di mana setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung dan setiap kampung pula mempunyai 70,000 rumah.

Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik manakala setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Bagi setiap kotak, ia mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.

Di bawah setiap pokok zarqum, ada 70,000 ular dan dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta itu mengandungi lautan racun hitam.

Di bawah setiap pokok zarqum itu juga, ia mempunyai 70,000 rantai dan setiap rantai itu diseret oleh 70,000 malaikat.

YOUsoF said...

SubhanAllah..

Azab Allah sangat memedihkan..