Followers

Sunday, June 19, 2011

Abah, Sebenarnya I Love You

 Aku Tak Reti Cakap Kat Abah yang aku Sayang dia
Aku Tak Reti Cakap Kat Abah yang aku Sangat Perlukan dia
Aku Tak Reti Tunjukkan pada Abah yang aku Sangat Kasih pada dia
Aku Takut Sangat Kehilangan Abah
Abah Makin Tua

Masa Kecil aku Sangat Rapat Dengan Abah
Aku Manja Dengan Abah
Abahpun Manjakan aku...
Abah Bawak aku pergi Pantai. Abah ajak aku Mandi Laut
Abah ajak aku jalan-jalan , Abah Main Dengan aku...
Bila aku Dah masuk Sekolah, Abah Hantar aku Pergi Sekolah
Hari-hari Abah hantar aku pergi Sekolah...
Abah Tak pernah Lupa Hantar aku pergi Sekolah
Aku Masih ingat Lagi, Bila Hujan, Abah Payungkan aku...
Tapi Abah Basah
Abah Baik...

Tapi Bila aku makin Besar, aku Malu Abah Hantar aku Pergi Sekolah
Aku Rela Naik Van Sekolah....

Aku Masih Ingat Pertama Kali Abah Marah aku
Aku Ikut Kawan-kawan aku pergi Memancing
Abang-abang Senior memang Suka Memancing
Aku Pun Nak Try....
Last-last Balik Lambat
Abah Tunggu Depan Pagar Rumah
Abah Pegang Rotan, Sampai je kat Depan Rumah, Abah Rotan aku
Abah Marah Sangat Sebab Balik Lewat
Aku Marah Abah dan Rasa Benci kat Abah
Aku Malu Depan Kawan-kawan dan Abang Senior
Abah Rotan dan Marah aku depan Kawan-kawan
Aku Nangis dan Marah Sangat kat Abah

Satu Hari, Masa Ekonomi Malaysia Merosot
Tahun 1998
Dimana Ramai Orang Di Buang Kerja Dari Syarikat Swasta
Abah yang Bekerja Di Bank Tempatan Mengambil Keputusan Bijak
Abah Berhenti Kerja Tapi Menerima Pampasan...
Abah Hilang Pekerjaan
Masa tu Kami Sekeluarga Hidup Susah
Nasib Baikla Mak Bekerja jadi Guru.

Aku Mula Benci Abah
Aku Rasa Abah Sangat Susahkan Kami Sekeluarga
Tapi Abah Tabah
Abah Sabar Menempuhi Dugaan Hidup Abah

Dalam usia 12 Tahun aku Mula Tak Rapat Dengan Abah
Aku Mula Tak Suka Abah
Aku nak Duit, Abah Tak Mampu bagi
Aku Benci Abah

Tapi Alhamdulilah Abah Dapat Kerja Lain
Walaupun Gaji Abah Tak Sebesar Gaji Masa dia Kerja kat Bank
Tapi Sekurang-kurangnya Abah Bekerja....
Tapi Entah Kenapa aku Marah kat Abah
Mungkin Sebab Belanja Sekolah aku Hanya rm1...

Masuk Sekolah Menengah
Abah Hantar aku Tiap pagi Pergi Sekolah Dengan Kereta Toyota Corolla Buruk dia
Kadang-kadang aku malu
Sebab Kawan lain kena Hantar Pakai Kereta Mahal
Kadang-kadang aku Marah Abah, aku nak Drive Pergi Sekolah
Walaupun aku Takde Lesen
Satu Hari Abah Ajar aku Drive kat Jalan Kampung
Aku Happy Sangat

Lepas tu aku Kata Nak Drive Pergi Sekolah
Abah Tunaikan Walaupun Abah tau itu Salah
Abah Memang Sayangkan aku
Masa Form 4, Abah akan Berhenti kat Simpang Sebelum Masuk Sekolah
Abah Bagi aku Drive kat Situ
Sebab Tak Bagi aku Drive Jalan Besar
Aku pun Berlagak la Drive Masuk Sekolah
Kawan-kawan Semua Tengok aku...
Pastu Turun, Abah Ganti Tempat Duduk dan Pergi Kerja
Abah Baik...
Dia Tak Nak Malukan aku
Dia Tetap Tunaikan Permintaan aku

Satu Hari, Abah Ambil aku Dari Sekolah Menengah
Abah Masih Pakai Toyota Buruk dia
Tiba-tiba Ekzos Kereta Abah Patah dan Jatuh
Aku Malu sangat. Tapi Abah Suruh aku Ambil Ekzos tu
Aku Marah Abah dan Ambil Ekzos tu Cecepat
Aku Benci Betul Masa tu

Lepas tu aku cakap kat Abah, Tak payah Ambil aku
Aku Rela Naik Bas
Aku tau Abah Terluka. Tapi Abah Tetap Sayang aku...
Bila Hari Raya, Abah Tetap Belikan aku Baju Raya
Walaupun Abah Tak Banyak Duit, tapi Abah Tetap Belikan aku Baju Raya
Biarlah Abah pakai Baju Lama. Asalkan aku ada Baju Raya Baru

Tapi itu Masih Tak Mengubah apa-apa
Aku masih tak Rapat Dengan Abah
Bila aku Dah Masuk Form 5, Aku dah Mula Lawan Abah
Aku Tak Dengar Cakap Abah
Aku Sakitkan Hati Abah

Masuk Kolej, Lagila aku Jahat kat Abah
Aku Tak Tegur Abah...
Aku Tak Cakap Dengan Abah Lama
Bila Perlu je aku cakap kat Abah
Itupun Boleh Di Hitung Berapa Kali
Entah Kenapa aku Buat macam tu
Mungkin Sebab Abah Tak Dapat Belikan aku Handphone Mahal...

Malah Kadang-kadang aku Hanya SMS Abah bila Nak Cakap Sesuatu
Walaupun Abah Dekat Dengan aku
Sampai Sekarang aku Masih Tak rapat Dengan Abah
Aku Jarang Cakap dengan Abah
Aku Jarang dah Mesra-mesra Dengan Abah
Aku Tak tau Kenapa?

Bila Abah Tonton Tv dan aku pun Ada kat Situ
Memang Takla aku Cakap Dengan Abah
Kalau makan pun aku Tak Cakap dengan Abah
Aku Lebih Suka Diam

Kadang-kadang aku Tolong Cuci Kete Abah
Sebab aku Kesian Tengok Kereta Abah yang Baru tu Tak Basuh
Sebab Abah Sebok...
Tapi Abah Tak Pernah Ucap Terima Kasih

Kadang-kadang Abah Pakai Kereta aku
Tapi Abah Isikan Minyak Sampai Penuh
Tapi Aku Tak Ucappun Terima Kasih

Kadang-kadang aku Curi-curi Bawak Kereta Abah
Sebab Kereta Abah Selalu Full Tank
Malah aku Bawak Kereta dia Sampai Habis Minyak
Aku Tak Isi Balik...
Tapi Abah Tak Marahpun

Sebab Abah Tabah, Kini Abah dah Boleh Tersenyum Gembira
Sebab Abah Dah ada Perniagaan Sendiri
Abah dah Berduit
Malah Abah Bagi aku Duit....
Tapi aku Masih tak Rapat Dengan Abah


Jauh Di Sudut Hati aku Memang Sayangkan Abah
Walaupun aku Kelihatan Macam Benci Abah
Tapi Dalam Hati Sumpah Demi Allah Memang aku Sayang Abah

Aku tau Abah Perasan aku Jarang Sangat Cakap dengan dia
Sampai pada satu tahap tu Abah jadikan Mak Sebagai Pengantara aku dengan dia
Abah Macam Takut Nak Cakap dengan aku
Akupun Macam Takut nak Cakap Dengan Abah
Sebabnya? aku pun Tak Tau....
Mungkin Dah Jarang sangat Bercakap kot....

Tapi Bila Raya Abah Tetap Peluk aku
Abah Baik
Aku Tau Abah Tak Pandai nak Tunjukkan Kasih Sayang dia Pada aku Bila Besar
Aku Sendiri mengaku Tak Pandai Tunjuk Rasa Sayang aku Pada Abah
Tapi Abah Tetap Terima aku Seadanya

Bila aku Minat Nyanyi, Abah Sokong
Tak Macam Mak
Abah Bagi aku Semangat
Abah Siap panggil aku Artis Sampai Hari ni
Alhamdulilah, Mungkin Sebab Doa Abah
Aku dah Sign Contract Dengan Production House Walaupun Bukan Sebagai penyanyi
Tapi Pelakon

Aku Ingat Lagi masa aku Nak Pergi Training kat Air Asia Academy
Tahun Lepas
Itulah Pertama Kali aku Berjauhan Dengan Abah
Masa tu Abahla yang hantar aku pergi Airport
Aku Salam dan Cium Tangan Abah
Abah Senyum
Abah bagi aku Duit Rm700
Abah kata Buat Belanja
Aku Tak Ucap Terima Kasihpun
Aku Terus Jalan Tarik Beg aku

Tapi Bila Sampai kat Academy, aku Rindu Abah
Aku Sms Abah Ucap Selamat Hari Bapa
Kebetulan Masa tu Hari Bapa...
Aku Mula Rasa aku Sayang Sangat Abah

Aku Belikan Abah Baju, 3 Pasang Guna Gaji aku Sendiri
Aku Belikan abah Tali Pinggang yang Bagus
Aku Gembira Sangat Dapat Belikan Abah Semua tu
Bila Habis Training, Abah jugak yang Ambil dan Tunggu aku Kat Airport
Abah Baik Sangat
Bila aku bagi Benda yang aku belikan... Abah Pakai
Abah Senyum je...
Sampai Hari ni dia Masih Pakai Lagi...

Abah Kadang-kadang kelakar
Abah pernah Pakai Tali Pinggang aku
Abah Pernah Pinjam Handphone Nokia aku Sampai Rosak
Abah Pernah pakai Stokin aku
Aku Marah. Aku Report kat mak
Mak Cuma Senyum dan Kata
"Hm, taula Abah kau'....
Sebab Abah memang Sangat Simple...

Tahun ni Abah Banyak Bekorban untuk aku
Abahlah yang Susah-susah Tolong aku masa Kereta aku Rosak
Abah Hantar aku pergi Shopping Mall
Abah juga Bagi aku Duit Walaupun aku dah Bekerja

Aku Akui Abah Jarang Marah aku
Abah Baik Sebenarnya Cuma aku Tak Perasan
Abah Sayang aku Sebenarnya, Cuma aku Tak Nampak

"Abah, Sebenarnya Anak Abah ni Sayang Sangat kat Abah
Anak Abah Taip Benda ni Sampai Mengalirkan Air Mata
Sebab Anak Abah ni Sebak
Anak Abah ni Tak Baik dengan Abah
Anak Abah ni Tak Pandai Nak Tunjuk Rasa Sayang kat Abah
 Anak Abah Malu nak Manja-manja Dengan Abah Walaupun Anak Abah ni Nak Sangat
Anak Abah ni Banyak Lukakan Hati Abah
Tapi Percayalah, Jauh Dalam Hati Anak Abah ni
Sangat Sayangkan Abah

Maafkan Anak Abah ni
Sebab Selama 25 Tahun Anak Abah Hidup, Tak Pernah Buat Kejutan Hari Jadi untuk Abah
Tapi Tahun ni baru Anak Abah ni Belikan Kek untuk Abah buat Pertama Kalinya
Maaf Sebab Takde Hadiah Mahal dari Anak Abah ni

Abah, Terima Kasih Sebab Hadiahkan Anak Abah Laptop Baru
Terima Kasih Sangat Abah atas Kejutan Hari Jadi yang Paling Sempurna Dalam Hidup Anak Abah ni
Abah Faiz Sayang Abah Sangat
Tapi Faiz Tak Pandai Tunjuk.....
Maafkan Faiz Sebab Faiz Takde Gambar ngan Abah
Faiz Malu Nak Bergambar ngan Abah....
Maafkan Anak Abah yang Nakal dan Tak Baik ni Abah...
Faiz Sayang Abah
Faiz Takut Sangat Kehilangan Abah
Faiz Doakan Abah Bahagia dan Terus Maju Dalam Perniagaan Abah
Sayang Abah Sangat Sampai Akhirat"

Love: Faiz Farish for Abah

56 comments:

ZWAN SABRI said...

Sedih pown ada jugak baca entry nii..
besar sungguh jasa abah anda kepada anda.. jadi hargailah dia okay..
kepada my Ba, HAPPY FATHERS DAY! ;)

asna ashraff said...

thanks, abah terharu, nnt abah belanja ice cream k!

SyahmiFikri said...

wah! same here.. never show sayang..
tapi.. dalam hati still ada.. =)

adwafarahin said...

ok saya nangis

sumpah rindu gila2 kat abah skrng :'(

slmt hr bapa utk abah kamu :)

iKhRam said...

fais farish.. aku sanggup baca entry ko ni dalam bas.. dengan bergoyang2 bas ni kat highway.. sambil baca aku nangis... serius aku nangis.. kenapa kau teruk sgt ha !! apapun kita ni anak.. aku pun anak.. aku pun pernah buat abah aku terluka juga.. tp abah tetap berbuat baik.. mungkin dia fikir itu tanggungjawab dia menerima siapa kita..

walaubagaimana teruk pun aku sebagai anak dia.. bila impian dia aku laksanakan.. apa yg aku ingin semuanya pasti dia tunaikan..

faizfarish.. selepas ni berbuat baiklah dengan ayah ko.. bila aku baca blog imanshah yang tak de ayah.. hati aku sayu.. dalam kehidupan aku sekarang ni aku tak dpt bayangkan akalau aku tak de abah..

sama2 la kita berubah.. walaupun tak menajdi seorang anak yg baik.. tp sekurang2nya kita berusaha menjadi sepertinya dengan menggembirakan hati abah kita..

apapun, aku still menangis.. aku tak dpt lupa pengobanan abah aku.. apatah lagi bila tadi aku tinggalkan dia untuk balik ke maktab

bas still bergoyang.. dan aku masih teringat entry ko nie.. aku menanggis lagi faizfarish.. huhuhuhu

princessFZ said...

sumpah aku nangis baca entry nie. weyy kite sama. aku tak reti nak tunjuk yg aku syg ayah aku. tp sebenanrnya aku syg sgttt :'(

Anisa Hang Tuah said...

sedihnya nis baca :|

DanieL AdiE said...

Entry nie sgt BEST! aku bace smpai habes..

Alhamdulillah...ko dh sedar skang...

bahagia kan abah kite..sbb kite cume ade sorang je abah...

aqmalazmi said...

hahha..kau jahat kan dengan abah kau?

zizidiazora said...

Satu entri yg sgt2 menyentuh hati. Baguslah kalu faiz dh sedar. antara pengorbanan seorang ayah atau ibu sama saja, melebihi segala2nya. Pengorbanan yg tiada keterbatasannya.

LUTFI SYAFIQ said...

walaupun entry ni panjang. tapi aku wajib baca smpai habes entry2 ko. xtau kenapa. sbb ko lagi bajet dari aku kot. hahaha.
apa2 pun, aku pun rasa nk nangis baca benda ni.
sbb kisah kau dgn aku lebih kurang sama cuma aku skg masih belum bekerja so aku tak mampu la bajet kaya mcm kau nak beli2 baju bagai kt ayah aku. hahaha. tapi kisah kau n aku mmg lebih kurang. tmbh2 lepas kegawatan ekonomi. aku mula ranggang ngn ayah aku. smpai sekarang. tp.. hati tetap syg.. n skg pun ayah aku dh berduit sikit. xmcm dulu. hahah

me_nazri said...

siyes nak nagis..tapi aku tahan..malu nak nagis lam bilik nih huhuhu..


sayang abah aku...

me_nazri said...

syes aku nagis....tapi aku tahan..malu nak nagis huhuhu...

sayang abah aku..

IMANSHAH said...

terbaklah yang jadi abah kat dunia ni

WanFadhilah said...

muka legend, hati cute.

tak sangka jugak kau ni lembut jugak orangnya. apa2pun, buat baiklah kat abah kau. jangan nak lawan cakap lagi. dah besor panjang dah.

mintak2 la adik kau baca ni, dan bagi kat abah kau. hehe.. :D

entry ni sangat syahdu.

Yannnn . said...

pinjam karangan nak bwk pegi skola , bagi ckgu :)

Aman Ibrahim said...

"speechless"
tersentuh perasaan baca entry faiz..
boleh hm perasaan you yg x dpt tunjukkan kasih syg pada abah but deep inside ur heart, u afraid to lose him..

pray for him and May both of you lebih rapat and erat after this k..

dya said...

comellllllllllllllll...

ashikinzulkefli said...

sedihhh . :)

syafiqakarim said...

sumpah sedih weh.
sebak.
hargai lah selagi ada.

apik pehe said...

wehhh faiz..seriyes aku rase sebak..sikit lagi nk nanges..sebab aku pn tak rapat dengan abah...

Anonymous said...

harrazdani - memang kebiasaan kita tak berapa rapat ngan abah sbb abah selalu control macho...tp sebenarbya abah selalu fikir apa yg terbaik utk kita...nice entry panjang tp berisi.

i n n z c h u b b y said...

nanges baca entry ni... :(

i'm shin... i'm inesen said...

erkk artis.. ko dah leh jadi pelakon air mata.. cedey tauuu *nanges

sahromnasrudin said...

abah...satu2nya lelai yang kita paling sayang di dunia ini

aDieyZa said...

sedih aku baca entry ni.. terharu.. sob3..

aku doakan abah ko sentiasa sihat & terus dimurahkan rezeki.. semoga ko akan lebih rapat dgn abah ko k..

Awan Biru said...

Wah, sungguh menyentuh kalbu. Baca pun nak menangis sudah.

::FAIZ FARISH:: said...

Zwan: tq Zwan

::FAIZ FARISH:: said...

Asna: haha Prasan, This is Not 4 u

::FAIZ FARISH:: said...

Syah: yeah

::FAIZ FARISH:: said...

Adwa: call la abah kamu

::FAIZ FARISH:: said...

Ikhram: takla kejam sgt... aku juz tak rapat je ngan dia... take care

::FAIZ FARISH:: said...

Pfz: kan? huhu

::FAIZ FARISH:: said...

Anisa: jgn sedih.. hehehe

::FAIZ FARISH:: said...

Daniel Adie: yup btl

::FAIZ FARISH:: said...

Aqmal: manda.... ko yg jahat ngan abah ko, tak belikan dia hp baru

::FAIZ FARISH:: said...

Zizi: betul tu

::FAIZ FARISH:: said...

Lutfi: oh lbh kurang.....

::FAIZ FARISH:: said...

Nazri: me 2

::FAIZ FARISH:: said...

Iman: yup btl tu

::FAIZ FARISH:: said...

Wan: haha adik aku tak tau aku ada blog... rasanya la

::FAIZ FARISH:: said...

Yann: tak Boleh hahahahahahaha

::FAIZ FARISH:: said...

Aman: tq

::FAIZ FARISH:: said...

dye: tq

::FAIZ FARISH:: said...

As: jgn sedih... huhu

::FAIZ FARISH:: said...

syafiqakarim: betul tu

::FAIZ FARISH:: said...

Apik: hehe...... so mari kita rapat ngan abah kita

::FAIZ FARISH:: said...

Harraz: tq

::FAIZ FARISH:: said...

Inn: hehe jgn nangis

::FAIZ FARISH:: said...

Shin: ni Ratu air mata dah dtg... hahahahaha

::FAIZ FARISH:: said...

ahrom: kan? hehehe

::FAIZ FARISH:: said...

Adieyza: amin

::FAIZ FARISH:: said...

Awan: tq... bese je

amirul said...

sumpah aq sebak giler bace enrty ko farish..moga pasnie dapat la kita baik ngan abah kita..aq pon x rapat ngan abah aq..x tahu knape..

nisa abdullah said...

terbaik!!!

Cik oren2orange said...

di sebbkan blog ko ni sengal...tetibe tergerak hati plak nak baca entry2 ko...terharu tak! hah!

lau baca entry yg lelain aku gelak kutat dan keji ko

tapi yg ni aku nanges beb!
serOnoknye ader abah!

ganti balik tisu sekOtak...