Followers

Monday, June 18, 2012

Penyayang

Bila kita degil, mungkin mak kita cubit telinga kita
Bila kita tak ikut cakap, mungkin ayah kita akan rotan kita
Bila kita mungkir janji dengan kawan kita, mungkin kawan kita akan murung seminggu dengan kita

Tapi,
Bila kita tak solat, Allah tetap bagi kita nikmatNya
Bila kita tak puasa, Allah masih beri kita rezeki
Bila kita mengumpat, Allah masih bagi kita peluang untuk berkata-kata

Sungguh, Allah itu Maha Penyayang
Walaupun hambaNya terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan
Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan nikmatNya

Bersyukurlah menjadi HambaNya
Buat apa yang diperintahkanNya
Tinggal apa yang dilarangNya
Jangan sampai Allah turunkan kemurkaan ke atas kita
Atas DOSA yang kita lakukan...


SUMBER

8 comments:

DanieL AdiE said...

Betol tu..

sesungguhnya..kita sangat lalai serta leka....

Edy Fee said...

sape boleh lawan ALLah...Dia yg terbaik

Yousof said...

Allah Maha Penyayang..

ieda said...

syukran dikk ;)

syakila BumBum said...

maka..bersegeralah bertaubat..

i'm shin... i'm inesen said...

selalu kan kita sebut Bismillahirohamnirohim.. "Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang".. haa yak membezakan org Islam ngan orang Kafir.. Allah pengasih kat semua org.. x kira Islam atau Kafir.. sbb tu ada org kafir.. walau x solat.. walau dia meyekutukan Allah.. tp Allah bagi nikmat kat dunia ni jer.. bagi kekayaan.. bagi kesenangan.. sbb Allah Maha Pengasih kat semua makhluk.. tp bagi orang Islam.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. walau kita lalai.. kita langgar segala laranganNYA.. tp Allah bg kesempatan kita utk bertaubat.. Allah x timpakan kita azab kat dunia.. bila kita di azab di akhirat.. Allah tetap akan masukkan kita dalam syurga.. sbb Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang~

zizidiazora said...

Allah brfirman:

“Sesungguhnya Aku amat pengampun bagi orang yang taubat dan beriman serta mengerjakan yang baik, kemudian ia mendapat petunjuk” (Qur’an 20:82).

Adakah kita akan menjadi orang yang dikurniakan rahmatNya? Begitulah harapnya, insyaAllah, dan itu sebabnya kita mesti berusaha – untuk menunjukkan kita benar-benar mahukannya.

Kita kene ingat kunci rahsia itu? Bercakap dengan Allah s.w.t. Apabila kita membaca Ar-Rahman Ar-Rahim, ingatlah Allah menjawab dengan “HambaKu telah menyanjungKu.” Biarkan hati kita lembut dengan mengetahui bahawa kita sedang berbicara mesra dengan Allah yang Maha Penyayang.

hafiz hafizol said...

:) Alhamdulillah.