Followers

Monday, January 21, 2013

Setahun Sudah berlalu (2)

15 Januari 2012
Saya pergi ke satu Saloon
Saya gunting rambut saya bagi botak
Niat saya masa tu nak buang dye rambut
Pekerja saloon tanya berulang kali
"Bagi botak?"
Saya jawab 'Ya' dengan senyuman.

Dan saya keluar saloon dengan puas
Tanpa rasa sedih
Sebab selama ni saya tidak pernah botak
Saya ikhlaskan kerana Allah
Dan cari keredhaanNya

Saya balik rumah
Mak serta adik saya terkejut
Mana hilangnya rambut saya yang trendy dan berfesyen?
Saya katakan pada mak
Saya buang semua tu
Sambil senyum.

Hari demi hari selepas itu
Saya mula mengurung diri
Saya mula tidak keluar rumah kecuali ke tempat kerja
Entah kenapa saya malas dan tidak suka nak keluar rumah.
Saya lebih selesa di rumah
Dan mula belajar semula tentang bacaan solat yang betul
Cara solat yang betul, malah bacaan-bacaan solat yang betul juga saya belajar
Dan tentang keagamaan

Kawan-kawan saya mula menjauhkan diri dari saya
Mungkin mereka kata saya tidak trendy lagi
Saya dah jadi orang kampung yang berfikiran sempit
Tapi Alhamdulillah
Saya telah kenal siapa kawan saya 
Dan satu-satunya insan yang bersama saya ketika itu ialah mak saya

Selepas beberapa bulan
barulah saya berani keluar rumah dan berjumpa kawan-kawan saya
Tapi dengan penampilan baru
Saya digambarkan seperti seorang ustaz pada ketika itu
Sehinggakan ada yang memangil saya ustaz
Jauh sekali dan tidak layak saya dipanggil sebegitu.
masih banyak yang perlu saya belajar dan perbaiki

Dan ada yang memerli
Bagaimana seorang yang trendy dan dipanggil Artis oleh sesetengah sahabat saya
Malah abah saya sendiri dan sepupu-sepupu saya memangil saya sebegitu
Tiba-tiba saja bertukar wajah

Tapi saya diamkan
Dan entah mengapa
Saat itu seorang insan dan teman hadir
Dia seolah-olah memberi saya sokongan dan menerima saya
Walaupun berlainan peganggan agama
Tapi dia tidak pernah mempersoalkan hijrah saya
Dan saat saya katakan mahu solat sebentar
Dia menghantar saya dan sudi menunggu saya di luar masjid
Terima kasih sahabat...
Dia kawan yang baik
Thank You So Much Glen.

Dan hari ni, saya sudah tidak mengejar dunia hiburan yang saya minati
"No More Audition"
"No More Casting"
Seperti mana yang pernah saya katakan dahulu
Saya pernah menanda tangani kontrak dengan sebuah production house
Sebagai pelakon residen
Walaupun hanya sempat berlakon sebagai extra dalam satu filem
Dan sebuah drama
Tapi, alhamdulillah, kontrak tersebut telah tamat december lepas
Dan itu pengalaman saya yang akan saya simpan dalam lipatan sejarah hidup saya.
Saya mula menutup perasaan saya yang meminati bidang nyanyian
Pernah satu ketika dulu
Saya menyanyi di sebuah cafe
Saya leka dengan dunia hiburan 

Sekarang, ada yang tanya, tak nak menyanyi lagi?
Saya jawab dalam nada bergurau
"Saya dah pencen".

Sesekali saya memandang baju masa silam saya
Ya saya akui rindu dan pernah memakainya sesekali
Baju berfesyen macam artis terkenal
Tapi saya seperti rasa malu mahu memakainya semula.
Separuh daripadanya telah saya dermakan.
Kini saya lebih gemar memakai baju kemeja sahaja
Tak kesahla orang kata baju ketingalan zaman, janji saya selesa.
Malah kadang kala saya berbaju melayu moden.
Its ok, sebab baju itu lebih baik dari tak berbaju langsung.
 
Note: Terima kasih sebab sudi baca kisah ini
Dan doakan saya supaya istiqamah dengan perubahan dan penghijrahan ini.
InsyaAllah
Semoga kita semua beroleh kebaikan.
Aamiin.
Semoga Allah memberikan kita peluang dan Hidayah yang Indah.

Tamat

9 comments:

ZWAN SABRI said...

Perubahan perlukan pengorbanan dan kekuatan.. Orang yang ikhlas berubah perlu korbankan something yang dia suka n perlu kuat untuk hadapi tohmahan or ujian mendatang.. btw, congrats bro.. u did it.. i proud with you.. Zwan admit that, zwan ada keinginan untuk berhijrah but I'm still dont have kekuatan macam bro.. :(

Etty Selamat said...

Amin..

vidadarisakura said...

speechless. :-)

HanNis SaNia said...

yes perubahan memerlukan byk kekuatan dan pengorbanan. masa kita nk berubah ni mcm2 la kita dapat lihat org sekeliling. :) teruskan usaha jgn giv up. sebab syaitan akan lg kuat menggoda org2 yang berniat utk berubah ke arah kebaikkan

Zu Lisa said...

hepi bc entry ni :)

Mun said...

alhamdulillah...

anggap kata perli dari insan lain tu sbgai ujian... :)

The Peneroka said...

Sedihnyaaa Ya Allah Kau berikanlah kekuatan kpd hambaMU ini..

FarHANa aZwA said...

alhamdulillah..kuatkn smngt..faiz blh.. amin

lyn_intanazlleyna said...

faiz, i adore u >,< doakan sy juga