Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita semakin jauh daripada Allah...
Kita sibuk dengan urusan dunia... Kita sujud pun, tanpa khusyuk kepada
Yang Esa... Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....
Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....
Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita
lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik...
Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah
mencintai kita....
Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan
Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan
hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup
Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....
Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segalaNya
Sumber
4 comments:
muhasabah aku baca n3 ni...
Dia tahu apa yang terbaik untuk skita sekalipun menghancurkan kita
Salam jumaat...
bila lama tinggalkan blog ni
tak sangka ada perubahan
teruskan usaha ni k bro !!!
Post a Comment