Friday, November 13, 2009

JIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.


3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).


4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tu. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sembarangan, kerana jin akan memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.


6) Apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca "Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).


9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang Melayu suka sangat menepung tawar !!!


10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang dirasuk, membaca sama ayat kursi....


11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya.

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.


14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia ke mana juga kita pergi.


16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.


17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).


(Copy Paste)

Wednesday, November 11, 2009

Antara Al-Quran dan Kereta Sport

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya
mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya… lantas, si pemuda
memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama… si
ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan
peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi
miliknya..

Beberapa bulan berlalu… ternyata si anak, dengan berkat
kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang. .hatinya
berbunga keriangan… satu hari…si ayah memanggil si anak ke bilik
bacaannya.. si ayah memuji anaknya… sambil menyatakan betapa bangga hati
seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si
anak tersenyum puas…. di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport
merah yang selama ini menjadi idamannya itu…

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan
sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik… si anak terkesima…
sungguh.. ..bukan itu yg kuhajatkan.. .

dengan hati yang berat… kotak itu bertukar tangan… matanya
terarah kepada riak wajah ayahnya… yg tidak menunjukkan sebarang
perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang
dihatinya… .

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus
kotak itu… penutup kotak dibuka… apa makna semua ini???.. sebuah
Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit.. tinta emas menghiasi tulisan khat
di muka hadapan… si anak memandang ayahnya… terasa dirinya
dipermainkan. .. amarahnya membuak… nafsu mudanya bergelojak.. . ayah
sengaja mempermainkan saya… ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai
kereta tu… bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah
ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak… katanya.

keras… al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan… si anak
terus meninggalkan si ayah.. tanpa memberi walau sesaat utk si ayah
bersuara… pakaiannya disumbatkan ke dalam beg.. lantas, dia
meninggalkan banglo mewah ayahnya… memulakan kehidupan baru dengan
sekeping ijazah yg dimilikinya. …

10 tahun berlalu.. si anak kini merupakan seorang yang
berharta… punyai syarikat sendiri… dengan isteri yg cantik dan
anak-anak yang sihat… cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh…
Sudah 10 tahun.. sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk
ayahnya… sedang dia berkira2 sendiri… telefonnya berdering… dari
peguam ayahnya… ayahnya meninggal dunia semalam… dengan mewariskan
semua hartanya kepada si anak… si anak diminta pulang untuk
menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa… si anak
pulang ke banglo ayahnya… memerhati kan banglo yg menyimpan 1001
nostalgia dlm hidupnya… hatinya sebak.. bertambah sebak apabila
mendapati diatas meja di bilik bacaannya… Al-quran yang di
hempaskannya masih lagi setia berada di situ… bagaikan setianya hati
ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini… perlahan2 langkahnya
menuju ke situ… mengambil al-quran itu.. membelek2- nya dengan penuh
keharuan… tiba- tiba… jatuh sesuatu dari Al-quran itu… segugus
kunci… di muka belakang Al-quran itu… sebuah sampul surat ternyata
diselotepkan disitu…

Kunci itu segera dipungut… hatinya tertanya-tanya. .. nyata
sekali… di dalam sampul surat itu… terdapat resit pembelian kereta
idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah
dilunaskan oleh si ayah… sepucuk warkah.. tulisan tangan org yg amat
dikenalinya selama ini. .hadiah teristimewa utk putera kesayanganku.
…air mata si anak menitis deras… hatinya bagai ditusuk
sembilu.. penyesalan mula bertandang.. .

Namun semuanya sudah terlambat…

Sekadar renungan bersama:
berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana
nikmat itu tidak “dibungkus”, didatangkan atau diberi dalam keadaan yg
kita hajati??

Scope @ Hospital