Friday, August 3, 2012

Yang Tersayang

Assalamualaikum

Mungkin saya terlalu menyayangi dan terlalu melebih-lebih
Sebab saya sayang sangat pada kereta saya
Dulu pada si Kancil pun saya terlalu sayang
Hinggakan saya akan marah pada orang yang menyebabkan calar pada kereta itu
Walaupun dia tak sengaja

Harta itu pinjaman Allah
Macam mana kita sayangpun harta kita
Kalau dah takdir kata jadi sesuatu
Maka jadila

Sebentar tadi,saya terlangar pembahagi jalan
Jalan tu sempit dan tanpa sengaja sebab nak elak tiang
Saya terlangar pembahagi jalan yang agak tinggi
Hasilnya


3 kesan calar
Dan yang atas tu panjang
Sedih.
Gambar ni lepas saya Polish dan gosok guna Autosol
So agak kurang sikit nampak calarnya.
 
Harta pinjaman Allah
Mungkin Allah mahu beri peringatan pada saya
Jangan terlalu menyayangi harta pinjamannya

Ya Allah, ampunkan hambaMu ini atas segala dosa yang hambaMu ini telah lakukan...

*Mungkin Kafarah atas dosa yang saya pernah lakukan.

Tuesday, July 31, 2012

Mempersoalkan

Assalamualaikum
 
*Kebiasaan*

~Kadang kala saya akan bekerja di hari ahad. Walaupun itu adalah hari cuti saya.

~Kadang kala saya akan bekerja sampai lewat malam. Walaupun itu masa tidur saya.

~Kadang kala saya akan bekerja sampai jam 1 atau 2 pagi. Walaupun sepatutnya saya sudah lena di buai mimpi.

~Kadang kala saya akan bekerja ketika orang lain berhari raya... walaupun cuti raya saya ada.

~Dan kadang kala saya datang ke pejabat walaupun itu adalah hari saya bercuti.


Pengalaman kerja dengan banyak Company
buat saya jumpa sikap sesetengah manusia yang tidak sabar
Mudah merungut dan menjatuhkan maruah sendiri dengan meninggikan suara di hadapan orang ramai.
Malah ada yang suka menipu, dan tidak mahu membayar hutang
 
Manusia memang banyak ragam
Ada yang baik dan ada yang sebaliknya
 
Saya cabar diri saya untuk cuba apa yang saya ingin cuba
Dan bertukar banyak tempat kerja untuk jadikan pengalaman
Alhamdulillah apa yang saya lakukan itu tidaklah sia-sia
Sedikit sebanyak membantu saya hari ini...

Note: Jangan merungut kalau kerja on sunday.
Atau pun Public Holiday...
Ada orang yang kerja Hari Raya lagi... Rilex aje...

Scope @ Hospital