Thursday, July 5, 2012

Alhamdulillah. Akhirnya

Alhamdulillah
Akhirnya setelah hampir 4 bulan penantian
Berjaya jugak pasang benda ni

Roll Bar

Rm850
Agak mahal bagi saya
Sebab tu berbulan baru dapat pasang

Alhamdulillah dah dapat pasang


~Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah kerana Engkau masih memberi peluang padaku untuk menikmati Keindahan Kehidupan ini.


Wednesday, July 4, 2012

Kasih Sayang Allah

Dialah Irma Hasmie Ibrahim


Dan pasangannya Redza Syah Azmeer Radzuan


Alhamdulillah
Allah telah menyelamatkan Insan bernama Irma
Allah telah memperelok jalan hidup Irma
Mencantikkan dan membahagiakan Irma

Jika kita ingin menjadi baik dan berdoa untuk kebaikan
InsyaAllah
Allah akan makbulkan permintaan itu

~ Ya Allah, perelok dan perbaikilah jalan hidupku
~Perindahkanlah jalan hidupku
~Terimalah taubat dan amalanku
~Biarlah aku terus istiqomah dalam menunaikan ibadatku padaMu
~Pelihara dan jagalah aku
~Dakaplah aku
~Janganlah Kau abaikan ku
~Jangan juga kau tidak mempedulikan aku
~Inilah rayuanku Ya Allah
Maha Pencipta yang Maha Tinggi dan Maha Agung


Tuesday, July 3, 2012

Simpan

Assalamualaikum
Sering kali saya melihat ada sesetengah insan-insan di luar sana
Mengaibkan sesama sendiri
Membuka aib rakan malah si mati

Kenapa nak buka aib orang?
Kalau Allah buka aib kalian, macam mana?
Nak?

Jika pun kita dapat tahu atau terhidu aib sesiapapun
Simpanlah dalam hati
Dan cubalah sedaya mungkin untuk tidak membuka aib itu.

Mungkin hari ini hari dia
Entah siapa tahu, esok lusa hari kita....
 

Scope @ Hospital