Friday, January 25, 2013
Tuesday, January 22, 2013
Monday, January 21, 2013
Setahun Sudah berlalu (2)
15 Januari 2012
Saya pergi ke satu Saloon
Saya gunting rambut saya bagi botak
Niat saya masa tu nak buang dye rambut
Pekerja saloon tanya berulang kali
"Bagi botak?"
Saya jawab 'Ya' dengan senyuman.
Dan saya keluar saloon dengan puas
Tanpa rasa sedih
Sebab selama ni saya tidak pernah botak
Saya ikhlaskan kerana Allah
Dan cari keredhaanNya
Saya balik rumah
Mak serta adik saya terkejut
Mana hilangnya rambut saya yang trendy dan berfesyen?
Saya katakan pada mak
Saya buang semua tu
Sambil senyum.
Saya buang semua tu
Sambil senyum.
Hari demi hari selepas itu
Saya mula mengurung diri
Saya mula mengurung diri
Saya mula tidak keluar rumah kecuali ke tempat kerja
Entah kenapa saya malas dan tidak suka nak keluar rumah.
Saya lebih selesa di rumah
Dan mula belajar semula tentang bacaan solat yang betul
Cara solat yang betul, malah bacaan-bacaan solat yang betul juga saya belajar
Dan tentang keagamaan
Kawan-kawan saya mula menjauhkan diri dari saya
Mungkin mereka kata saya tidak trendy lagi
Saya dah jadi orang kampung yang berfikiran sempit
Tapi Alhamdulillah
Saya telah kenal siapa kawan saya
Saya telah kenal siapa kawan saya
Dan satu-satunya insan yang bersama saya ketika itu ialah mak saya
Selepas beberapa bulan
barulah saya berani keluar rumah dan berjumpa kawan-kawan saya
Tapi dengan penampilan baru
Saya digambarkan seperti seorang ustaz pada ketika itu
Sehinggakan ada yang memangil saya ustaz
Jauh sekali dan tidak layak saya dipanggil sebegitu.
masih banyak yang perlu saya belajar dan perbaiki
Dan ada yang memerli
Bagaimana seorang yang trendy dan dipanggil Artis oleh sesetengah sahabat saya
Malah abah saya sendiri dan sepupu-sepupu saya memangil saya sebegitu
Tiba-tiba saja bertukar wajah
Tapi saya diamkan
Dan entah mengapa
Saat itu seorang insan dan teman hadir
Dia seolah-olah memberi saya sokongan dan menerima saya
Walaupun berlainan peganggan agama
Tapi dia tidak pernah mempersoalkan hijrah saya
Dan saat saya katakan mahu solat sebentar
Dia menghantar saya dan sudi menunggu saya di luar masjid
Terima kasih sahabat...
Dia kawan yang baik
Thank You So Much Glen.
Dan hari ni, saya sudah tidak mengejar dunia hiburan yang saya minati
"No More Audition"
"No More Audition"
"No More Casting"
Seperti mana yang pernah saya katakan dahulu
Saya pernah menanda tangani kontrak dengan sebuah production house
Sebagai pelakon residen
Walaupun hanya sempat berlakon sebagai extra dalam satu filem
Dan sebuah drama
Tapi, alhamdulillah, kontrak tersebut telah tamat december lepas
Tapi, alhamdulillah, kontrak tersebut telah tamat december lepas
Dan itu pengalaman saya yang akan saya simpan dalam lipatan sejarah hidup saya.
Saya mula menutup perasaan saya yang meminati bidang nyanyian
Pernah satu ketika dulu
Saya menyanyi di sebuah cafe
Saya leka dengan dunia hiburan
Sekarang, ada yang tanya, tak nak menyanyi lagi?
Saya jawab dalam nada bergurau
"Saya dah pencen".
Sesekali saya memandang baju masa silam saya
Ya saya akui rindu dan pernah memakainya sesekali
Baju berfesyen macam artis terkenal
Tapi saya seperti rasa malu mahu memakainya semula.
Separuh daripadanya telah saya dermakan.
Kini saya lebih gemar memakai baju kemeja sahaja
Tak kesahla orang kata baju ketingalan zaman, janji saya selesa.
Malah kadang kala saya berbaju melayu moden.
Its ok, sebab baju itu lebih baik dari tak berbaju langsung.
Sesekali saya memandang baju masa silam saya
Ya saya akui rindu dan pernah memakainya sesekali
Baju berfesyen macam artis terkenal
Tapi saya seperti rasa malu mahu memakainya semula.
Separuh daripadanya telah saya dermakan.
Kini saya lebih gemar memakai baju kemeja sahaja
Tak kesahla orang kata baju ketingalan zaman, janji saya selesa.
Malah kadang kala saya berbaju melayu moden.
Its ok, sebab baju itu lebih baik dari tak berbaju langsung.
Note: Terima kasih sebab sudi baca kisah ini
Dan doakan saya supaya istiqamah dengan perubahan dan penghijrahan ini.
InsyaAllah
Semoga kita semua beroleh kebaikan.
Aamiin.
Semoga Allah memberikan kita peluang dan Hidayah yang Indah.
Tamat
Tamat
Setahun Sudah Berlalu (1)
Masih segar di ingatan saya
13 Januari 2012
Petang itu, saya memandu perlahan
Dalam kesedihan, runsing dan kerisauan
Memandu tanpa halu tuju
Dalam kesesakan lalu lintas
Saya pasang radio kereta dengan kuat agar saya terhibur
Untuk megubat duka lara
Terlalu banyak duka ketika itu
Dimana saya gagal masuk ke peringkat seterusnya dalam sebuah rancangan Realiti Tv
Sedangkan saya sudah tercalon dalam Shortlist peserta.
Saya melepasi semua peringkat ujibakat.
Dan ketika itu 80% saya yakin akan berjaya.
Tapi rezeki tidak memihak pada saya.
Dan kesedihan, kerisauan dalam masalah-masalah berikutnya.
Saya stress dan buntu.
Kemudian saya sampai di satu jalan yang sebelah kirinya tersergam indah sebuah masjid
Dan ketika itu azan maghrib berkumandang
Begitu jelas azan itu kedengaran
Sedangkan ketika itu saya memasang radio kereta dengan kuat
Maka terlintasla hati saya untuk masuk ke perkarangan masjid indah tersebut
Masa tu sayu sangat
Saya tak tahu nak gambarkan macam mana
Tapi perasaan itu seperti perasaan sayu di pagi raya
Saya sebak
Perasaan itu sebenarnya lebih indah dan tersangat indah
Sukar digambarkan
Seperti insan yang terpilih
Saya percaya itu Hidayah
Dan saya merinduinya
Kemudian saya letakkan kereta di hadapan masjid
Saya renung masjid itu
Tanpa saya sedari, air mata saya bercucuran
Ya Allah, lama saya menangis
Dan saya kata kat hati, "Nak solat la"
Dan mula cari selipar dalam kereta
Tapi tak ada
Dan hati berkata, bisikan syaitan mungkin
"Tak payahla pergi, nanti kasut hilang"
Tapi ada satu perasaan dimana mengajak saya untuk masuk dan solat di masjid itu
Tanpa mempedulikan kata hati saya turun dari kereta dan saya berkaki ayam
Dan perasaan ketika itu sukar saya gambarkan
Saya berjalan sambil melihat masjid indah itu
Air mata saya jatuh membasahi pipi saya
Kemudian saya masuk ke ruang mengambil wudhu
Saya ambil wudhu sambil menangis
Orang sekeliling tengok saya
Tapi saya dah tak kesah
Orang tengok dengan rasa hairan
"Kenapalah budak ni menangis" kata mereka barangkali.
Dan ketika masuk di ruangan solat
Iqamat berkumandang
Tanpa henti saya menangis
Kenapa saya menangis?
Sebab saya dah lama tak pergi masjid berjamaah untuk solat fardhu
Kecuali solat Jumaat
Saya mengaku
Dulu saya lalai
Solat fardhu saya tinggalkan
Sehinggakan ada satu ketika
Abah saya kata, "kau ni solat on and off".
Solat Jumaat sahaja saya kerjakan
Itupun kadang-kala saya abaikan
Solat Fardhu saya buat ikut mood.
Itupun boleh dihitung berapa kali setahun.
Dan mungkin takdir Allah
Dan mungkin Allah nak bagi saya peluang dan kesedaran
Saya dapat solat belakang imam
Dan saya menangis lagi
Menangis yang saya cuba tahan tapi tak mampu
Ketika solat tu, entah kenapa
Satu persatu dosa-dosa silam saya tergambar
Saya seolah-olah ditunjukkan dosa yang saya lakukan
Macam flashback
Saya takut
Dan lepas selesai salam
Saya berdoa mohon keampuanan Allah
Dan saya bertaubat
Saya janji pada Allah
Saya janji pada Allah
Saya akan jaga Solat saya
Dan saya akan tinggalkan dunia silam saya
Dimana saya mengejar dunia
Mahu glamor dan mahu kaya
Dan pada ketika itu
Saya mohon agar Allah permudahkan urusan saya dan tolong saya
Saya berjalan perlahan keluar dari masjid
Orang pertama saya telefon ialah Nana
Sahabat akrab saya
Dan saya ceritakan hal yang terjadi
Dan pada ketika itu saya menangis lagi
Dan telefon mak saya
Saya mohon ampun dan minta halal makan minum
Mak nangis
Dan saya ceritakan apa yang berlaku
Mak kata itulah doa dia selama bertahun
Dia mahu saya kembali kepada fitrah dan jaga solat
Dan tidak mahu saya terlalu mengejar dunia
Saya kata pada mak ketika itu
"tunggu saya balik"
Dan saya memandu dengan perasaan sayu
Saya nak sangat cepat sampai rumah.
Setibanya dirumah
mak sedang menunggu saya di sofa ruang tamu
Saya peluk mak
Dan saya cium tangannya
Mak kata dia sujud syukur bila dapat berita dari saya
Dia nangis dan peluk saya erat
Bersambung....
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Aku Tak Reti Cakap Kat Abah yang aku Sayang dia Aku Tak Reti Cakap Kat Abah yang aku Sangat Perlukan dia Aku Tak Reti Tunjukkan pada Abah...
-
Suka Lagu Ni.... Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga Cover
-
Hari ini Nizam lewat lagi. Aku sudah muak dan bibit-bibit benci sudah mula berputik pada kanak-kanak itu. Berbekalkan wajahnya yang comel ti...
