Perkongsian Hari Ini
Friday, June 1, 2012
Monday, May 28, 2012
Penghijrahan
Assalamualaikum
Kadang-kadang Manusia Suka sangat Menghukum
Siapa Kita untuk menghukum Sesama Insan
Siapa kita, untuk 'Menerakakan' Orang lain.
"Kau ni buat maksiat je. Nanti masuk Neraka lah kau"
"Kau ni perangai dah serupa Syaitan, Iblis, nanti kat Nerakalah tempat kau"
"Kau ni tak layak masuk Syurga, tapi Neraka tu sangatlah sesuai dan selayaknya untuk kau"
Nah itulah kata-kata yang mungkin pernah kita dengari
Salah jika berkata begitu
Sebab...
Mungkin hari ini, dia adalah Pembunuh, Penzina, Pencuri ataupun Tukang Fitnah.
Tapi siapa tahu, esok atau lusa, mungkin dialah insan yang paling Baik amalannya.
Paling khusyuk Solatnya, paling baik budi pekertinya.
Di kala insan lain sedang dibuai mimpi indah
Lena di atas tilam empuk
Tapi dia, bertahajud dan berzikir memuji keagunggan Allah
Penciptanya.
Percayalah, Hidayah Allah itu indah
Sangat Indah dan kalian pasti Menangis semahunya apabila Allah berikan HidayahNya pada kalian
Sebak, Sedih Bercampur Gembira
Tersangatlah Indah dan tak mampu digambarkan perasaan itu...
Hidayah itu tak datang dengan sendirinya
Ianya harus di 'Intai', di 'Cari'.
Mohonlah pada Allah agar dikurniakan Hidayah
InsyaAllah, Dia akan berikan Hidayah yang Indah
Hidayah yang akan menyelamatkan kamu dari terus dibuai Mimpi Indah Dunia
Yang Menyesatkan dan Memesongkan Hati
Membuat kamu Lupa akan Tanggungjawab Terhadap Pencipta
Irma Selepas Berhijab
(Bukankah Cantik dan Manis jika Berhijab? Daripada Memperlihatkan Aurat kamu?)
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Aku Tak Reti Cakap Kat Abah yang aku Sayang dia Aku Tak Reti Cakap Kat Abah yang aku Sangat Perlukan dia Aku Tak Reti Tunjukkan pada Abah...
-
Suka Lagu Ni.... Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga Cover
-
Hari ini Nizam lewat lagi. Aku sudah muak dan bibit-bibit benci sudah mula berputik pada kanak-kanak itu. Berbekalkan wajahnya yang comel ti...

