Assalamualaikum
Zakat Fitrah
Alhamdulillah
Saya sudah melaksanakannya
Saya akui kalau sebelum ni, saya agak tak berapa fikir sangat pasal Zakat Fitrah
Sebab abah akan bayar untuk kitorang satu keluarga
Walaupun saya dah bekerja
Tapi masih tingal dengan family
So abah la yang bayarkan tiap tahun
Tapi tahun ni dalam usia 26 tahun
Selepas hijrah, saya mula memikirkan
Saya ni Islam, dan bekerja, mampu dari segi keperluan harian
Dan kadang-kala lebih
Apa sangatlah Zakat tu yang Tak sampai 10 ringit tu
So dua tiga hari lepas asyik fikir je nak tunaikan
Alhamdulillah, Allah permudahkan
Semalam dalam jam 8 saya tunaikan Zakat Fitrah buat kali pertama dalam hidup saya.
Dan sedikit sebak sebab terharu dengan Peluang yang Allah bagi kat saya
Kalaulah saya mati sebelum ni, sudah tentu saya tak dapat rasa menunaikan kewajipan itu
Tapi Allah masih bagi peluang. Alhamdulillah.
Note: Alhamdulillah, beberapa hajat saya di jalan Allah dah saya tunaikan.
Saya percaya inilah kasih sayang Allah berikan pada saya selepas saya memilih jalanNya.
Hijrah ke jalan Allah
Semoga Allah ampunkan semua dosa besar mahupun kecil saya.
Aamiin.

