Friday, April 27, 2012

Niat Solat


Solat Subuh
Usalli Fardhaz Subhi Raka'ataini Adaan Lillahi Ta'ala.
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Subuh, 2 Rakaat, Tunai Kerana Allah Ta'ala.

Solat Zohor
Usalli Fardhaz Zuhri Arba'a Raka'atin Adaan Lillahi Ta'ala
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Zohor, 4 Rakaat, Tunai Kerana Allah Ta'ala.

Solat Asar
Usalli Fardhaz Asri Arba'a Raka'atin Adaan Lillahi Ta'ala.
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Asar, 4 Rakaat, Tunai Kerana Allah Ta'ala.

Solat Maghrib
Usalli Fardhaz Maghribi Thalatha Raka'atin Adaan Lillahi Ta'ala.
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Maghrib, 3 Rakaat, Tunai Kerana Allah Ta'ala.

Solat Isya
Usalli Fardhaz Isyai Arba'a Raka'atin Adaan Lillahi Ta'ala.
Maksudnya: Sahaja Aku Solat Isya, 4 Rakaat, Tunai Kerana Allah Ta'ala.

Bagi Kaum Adam Pula. Mungkin ada yang Terlupa akan Niat Solat Jumaat.

Solat Jumaat
Usalli Fardhaz Juma'ati Raka'ataini Adaan Makmuman Lillahi Ta'ala
Sahaja Aku Solat Jumaat. 2 Rakaat, Makmum/Mengikut Imam. Tunai Kerana Allah Ta'ala.


Tuesday, April 24, 2012

Tidak Selamanya

Hidup ini tak selamanya indah. Kadang karam dipukul ombak, kadang tenang bagaikan angin bayu yang menyapa. Tak ada siapa dapat menjamin kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan ini.

Cuma DIA, dan kalam indahNYA yang menjadi penawar bagi setiap kesulitan dan kedukaan. Hayatilah setiap bait-bait kalam Ilahi dalam al-Insyirah.

Hati yang sabar, jiwa yang tenang walau dilanda badai, pasti akan beroleh kebahagiaan dan kegembiraan bila redha dengan setiap ujian daripadaNYA. InsyaAllah bi iznillah. Allahul Musta'aan..~

Sabar dan tersenyumlah! :)


Sumber

Scope @ Hospital