Wednesday, November 11, 2026

My Late Bestfriend part 3

Sambungan 

Satu-satunya orang yang puji hidung saya mancung ialah Glen.
Saya ingat lagi masa tu kitorang jalan nak masuk ke kawasan sekolah, rasanya masa form 5, kitorang sembang pasal hidung mancung, dia pun cakap, " mancung macam hidung kau? " padahal bagi saya hidung saya tak mancungpun. And saya cakap mana ada hidung saya mancung.
Tapi dia jawab "Daripada hidung aku?" Then kitorang ketawa....

Lepas tu Glen selalu cakap saya kaya. Dia cakap dia takde member yang kaya, saya je la... Padahal saya bukan kaya pun. Birthday kitorang bulan yang sama, tahun yang sama dan cuma beza 3 hari. So every year saya akan wish dia  sebab birthday dia je yang senang ingat, dan pernahlah beberapa kali sambut birthday sama2. Sekarang takde dah orang nak sambut birthday dengan saya. 

Glen selalu marah saya sebab saya suka membazir, suka beli benda bukan bukan, saya pernah beli bantal harga Rm199. Dia marah. And saya pernah janji nak bagi dia 1 bantal hotel, tapi tak sempat. 
Pernah sekali dia suruh saya telan bantal yang saya beli, sebab saya suka tukar2 bantal. Kalau nipis sikit je saya akan tukar.

Dulu masa zaman remaja saya suka join audition dan casting. Saya suka nyanyi dan berlakon, dapatlah juga pegang watak extra dan supporting tp Glen la satu satunya kawan yang sangat menyokong minat saya, dia tak pernah perlekehkan. Pernah sekali dia sangup tunggu saya sampai tengah malam sebab belum habis shooting, kalau orang lain, rasanya dah cakap bye....

Masa saya dapat kerja dengan Air Asia, saya tunjuk dia offer letter saya, dia peluk saya dan cakap Congrats. Sumpah dia satu satunya kawan yang pernah buat macam tu kat saya. Saya tak ramai kawan, so dulu saya banyak masa dengan Glen je. 

Setiap minggu kami akan ada plan, dan saya selalu tertunggu tunggu hari sabtu dan ahad sebab mesti ada je aktiviti dengan Glen. Sumpah sekarang dah tak ada kawan macam ni. Rasa kosong.... 

No comments:

My Late Bestfriend part 3