Dulu masa zaman sekolah saya ada 1 member bernama Glen Mason, kitorang 1 kelas dari form 3. Tapi mula mula kitorang tak rapat pun. Cuma berkawan biasa. Tapi sebab tingal 1 kawasan yang sama, so everyday kitorang akan balik naik mini bus sama-sama. So kitorang jadi agak rapat. Sebenarnya kitorang sekolah rendah sama-sama, but masa tu tak kawan lagi.. sebab dia kelas lain, saya kelas lain. Then lepas dah jadi rakan sekelas, hubungan persahabatan kami tu jadi makin rapat lepas habis sekolah, since rumah dia dekat dengan rumah saya, and kitorang kongsi minat yang sama iaitu kereta, so kitorang makin rapat. Saya dah pandai drive masa form 2, sebab masa umur 12 tahun arwah atok dah ajar saya drive. So masa form 3 pun saya dah curi2 drive kat jalan besar, and drive ke sekolah. I mean kadang kadangla. So dia akan selalu ambil saya kat rumah and kitorang jalan jalan, walaupun duit masa tu tak berapa nak ada, tapi kitorang tetap jalan jalan, share makanan, pusing-pusing mall, jalan tak tentu hala, bila ada duit sikit pergi pura pura kaya lepak cafe mahal dan makan sedap2.
1 benda yang best tentang Glen ialah dia selalu susah untuk say NO bila saya ajak. And dia akan cuba sedaya upaya tunaikan. And dia la yang banyak tolong saya capai impian impian saya masa tu. Ada sekali tu kitorang ada duit lebih, so kitorang book hotel, masa tu opening hotel tu sebab baru buka, and got promotion, murah. So kitorang pun decide untuk holiday sama2. Sebab situ ada swimming pool. Tapi dia tak mandi pun, saya je yang balik balik terjun mandi. Masa tu lah saya rasa paling best moment sebab saya dapat cerita macam macam tentang life saya, apa yang saya simpan dan ianya jadi macam sesi curhat kami masa percutian kami tu. Nak jadi cerita jam 2 atau 3 pagi macam tu, dia pun dah mengantuk, saya pun dah hampir terlelap, tiba2 kami dengar bunyi orang menangis, seram juga tapi si Glen ni tak puas hati, dia cari la bunyi tu datang dari mana, Saya cakap macam baby nangis, dia cakap bukan. macam orang dewasa. Then tiba2 dia ketawa, dia letak telinga dia kat dinding lepas tu, dia cakap rupanya orang bilik sebelah tengah beromen. Kami terus ketawa dan tak jadi tidur, sebab dah spoil, rasa mengantuk pun hilang and sambung sembang.
Kalau dengan Glen, saya boleh jadi diri sendiri, tyak perlu control, boleh jadi gila gila, boleh jadi pelawak and dia akan layan je. Kadang kadang saya pangil dia Nyah, kalau orang lain mesti dah marah, tapi dia tak, dia balas, "Ye nyah". Sumpah rindu. Kami sangat jarang berselisih faham, cuma sekali rasanya sepanjang persahabatan kami. Kalau dia marah dia banyak diam, Tapi marahnya tak lama. And dia paling menjaga hati saya.
Ada sekali tu saya pakai glasses dia and terlupa, tertingal dan terhilangkan, dia tak marahpun, tapi sebab saya rasa bersalah, saya gantikan semula glasses dia yang original. Tak beli pasar malam. Itulah friendship. Saya selalu cakap dengan dia yang dia bestfriens saya. Jalan pergi rumah dia tu agak teruk sebab kawasan kampong and ada hutan kecil. Kereta Myvi saya rendah, dia selalu larang saya untuk bawa kereta tu masuk kawasan rumah dia. So kalau saya ambil dia kat rumah dia, saya pakai 4x4. Tapi kalau dalam 10 kali kami jalan-jalan, mungkin sekali je saya akan ambil dia kat rumah dia, selebihnya dialah yang akan ambil saya kat rumah. Betapa baiknya Glen. Sampai saat ini selepas setahun 3 bulan dia pergi, saya masih tak ada kawan sebaik dia.
No comments:
Post a Comment