Dulu, saya nak sangat support Glen, nak dia jadi photographer terkenal, banyak job. So saya buatkan dia name card, flyers and try untuk exposed pada umum. Tapi dia pun pemalu, kami pernah berselisih faham sebab saya dapatkan dia job tapi dia tolak. And saya macam merajuklah dengan dia, tapi dia tak gaduh pun dengan saya, cuma kami tak bertegur dalam beberapa bulan kot, tapi sumpah masa tu rasa kosong. So saya turunkan ego saya, and saya text dia and minta maaf. So hubungan kami baik semula. Itulah kali pertama dan terakhir kami ada perselisihan faham.
7 Tahun dia memencilkan diri, dia balik ke kampung dan usahakan kebun family. Dan kami start jarang berbual even guna whatsapp. Pada mulanya saya ingat saya ada buat dia terasa hati atau saya ada salah cakap, tapi dia memang menjauhkan diri dari semua kawan kawan. Sampailah 1 hari saya dapat berita kematian dia. Saya sangat tak percaya. Saya berkali kali tanya dengan kawan saya, betul ke dia meningal. Saya menangis, saya rasa sangat bersalah. Saya tak tahu dia sakit dan tak ada pun dengan dia masa dia meningal. Apa makna Bestfriend kalau masa masa sukar tu saya tak ada? Sampai sekarang saya rasa bersalah. Dia kena stroke. and seminggu koma. Pun saya tak tahu. Hanya family dia je yang tahu.
And after that saya bagitau semua kawan kawan saya mahu kutip duit sedekah buat family dia, saya usahakan dan kemudian serahkan duit berjumlah Rm700 lebih, pada adik dia. Tu je la benda last saya boleh buat untuk dia.
Sejak pemergian dia saya tak lupa pun kat dia, saya selalu ingat dia dan ada sekali tu saya mimpi, dia datang duduk sebelah saya dan masa tu saya dalam keadaan ada masalah, and dalam mimpi tu saya menangis bagitau dia saya ada masalah, dan dia cuma tengok saya dan senyum. Walaupun hanya dalam mimpi, tapi itu sudah cukup bermakna bila orang yang dah tak wujud kat dunia ni, muncul jumpa saya dalam mimpi.
Dulu kalau orang buli saya, buat jahat kat saya, selalunya saya akan mengadu dengan best friend saya ni. Tapi sekarang nak mengadu dengan siapa pun saya tak tahu, sebab tu la rasanya blog yang dah bertahun tak disentuh ini bernyawa kembali.
No comments:
Post a Comment